Sunday, July 7, 2013

Aqidah Ulama' Indonesia Allah Wujud Tanpa Bertempat

Umat Islam Indonesia berhaluan Ahlussunnah Wal Jama`ah, mengikuti aliran Asy`ariyyah dalam bidang akidah dan Madzab Syafi`e dalam hukum fiqh. Berikut ini penegasan beberapa ulama Indonesia tentang Aqidah Ahlussunnah Wal Jama`ah:

1.     Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani (W.1314 H/1897).
Beliau menyatakan dalam Tafsirnya, at-Tafsir al-Munir li Ma`alim at-Tanzil,jilid I, hlm. 282 ketika menafsirkan ayat 54 surat al-A`raf (7):

ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
Sebagai berikut:

"وَالْوَاجِبُ عَلَيْنَا أَنْ نَقْطَعَ بِكَوْنِهِ تَعَالَى مُنَزَّهًا عَنِ الْمَكَانِ وَالْجِهَةِ...".

“Dan kita wajib meyakini secara pasti bahawa Allah ta`ala maha suci dari tempat dan arah….”

2.     Mufti Betawi Sayyid Utsman bin Abdullah bin `Aqil bin Yahya al-`Alawi. Beliau banyak mengarang buku-buku berbahasa Melayu yang hingga sekarang menjadi buku itu diajar dalam kalangan masyarakat Betawi yang menjelaskan Aqidah Ahlussunnah Wal Jama`ah seperti buku beliau Sifat Dua Puluh. Dalam karya beliau “Az-Zahr al-Basim fi Athwar Abial-Qasim”, halaman. 30, beliau mengatakan:

“…Tuhan yang maha suci dari pada jihah (arah)…”.

3.     Syeikh Muhammad Saleh ibnu Umar as-Samaraniy yang dikenal dengan sebutan Kiai Saleh Darat Semarang (W. 1321H/sekitar tahun 1901). Beliau berkata dalam terjemahan kitab al-Hikam (dalam bahasa jawa), hlm.105, sebagai berikut:

“…lan ora arah lan ora enggon lan ora mongso lan ora werna”

Maknanya: ”…dan (Allah Maha Suci) dari arah, tempat, masa dan warna”.

4.     K.H. Muhammad Hasyim Asy`ari, Jombang, Jawa Timur pendiri organisasi Islam terbesar di Indonesia, Nahdatul Ulama’ (W. 7 Ramadlan 1366 H/25 Jun 1947). Beliau menyatakan dalam Muqaddimah Risalahnya yang berjudul: “at-Tanbihat al-Wajibat” sebagai berikut:

"وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ الْمُنَـزَّهُ عَنِ الْجِسْمِيَّةِ وَالْجِهَةِ وَالزَّمَانِ وَالْمَكَانِ...".




Maknanya: 

“Dan aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang wajib disembah melainkan Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya, Dia maha suci dari berbentuk (berjisim), arah, zaman atau masa dan tempat…”.

5.     K.H. Muhammad Hasan al-Genggongi al-Kraksani, Probolinggo (W. 1955), Pendiri Pondok pesantren Zainul Hasan, Probolinggo, Jawa Timur. Beliau menyatakan dalam risalahnya (Aqidah at-Tauhid), hlm.3 sebagai berikut:

وُجُوْدُ رَبِّيْ اللهِ أَوَّلُ الصِّفَاتْ بِلاَ زَمَانٍ وَمَكَانٍ وَجِهَاتْ
فَإِنَّهُ قَدْ كَـانَ قَبْلَ الأَزْمِـنَةْ وَسَائِرِ الْجِهَاتِ ثُمَّ الأَمْكِنَةْ

“Adanya Tuhanku Allah adalah sifat-Nya yang pertama, (ada) tanpa masa, tempat dan (enam) arah. Kerana Allah ada sebelum semua masa, semua arah dan semua tempat”.

6.     K.H. Raden Asnawi, Kampung Bandan-Kudus (W. 26 Desember 1959). Beliau menyatakan dalam risalahnya dalam bahasa Jawa “Jawab Soalipun Mu’taqad seket”, hlm.18, sebagai berikut:

“…Jadi amat jelas sekali, bahawa Allah bukanlah (berupa) sifat benda (yakni sesuatu yang mengikut pada benda atau ‘aradl), Karenanya Dia tidak membutuhkan tempat (yakni Dia ada tanpa tempat), sehingga dengan demikian tetap bagi-Nya sifat Qiyamuhu bi nafsihi” (terjemahan dari bahasa jawa).

7.     K.H. Siradjuddin Abbas (W. 5 Agustus 1980/23 Ramadlan 1400 H). Beliau mengatakan dalam buku “Kumpulan Soal-Jawab Keagamaan”, hal. 25:

“…karena Tuhan itu tidak bertempat di akhirat dan juga tidak di langit, maha suci Tuhan akan mempunyai tempat duduk, serupa manusia”.

8.     K.H. Djauhari Zawawi, Kencong, Jember (W.1415 H/20 Juli 1994), Pendiri Pondok Pesantren as-Sunniyah, Kencong, Jember, Jawa Timur. Beliau menyatakan dalam risalahnya yang berbahasa Jawa, sebagai berikut:

“…lan mboten dipun wengku dining panggenan...”, maknanya:“…Dan (Allah) tidak diliputi oleh tempat…” (Lihat Risalah: Tauhid al-‘Ariffi Ilmi at-Tauhid, hlm.3).

9.     K.H. Choer Affandi (W.1996), pendiri P.P. Miftahul Huda, Manonjaya, Tasik Malaya, Jawa Barat. Beliau menyatakan dalam risalahnya dengan bahasa Sunda yang berjudul “Pengajaran ‘Aqaid al Iman”,hal. 6-7 yang maknanya:


”(Sifat wajib) yang kelima bagi Allah adalah Qiyamuhubinafsihi – Allah ada dengan Dzat-Nya, Tidak membutuhkan tempat – Dan juga tidak membutuhkan kepada yang menciptakan-Nya, Dalil yang menunjukkan atas sifat Qiyamuhu binafsihi, seandainya Allah membutuhkan tempat –Niscaya Allah merupakan sifat benda (‘aradl), Padahal yang demikian itu merupakan hal yang mustahil –Dan seandainya Allah membutuhkan kepada yang menciptakan-Nya, Niscaya Allah ta’ala (bersifat) baru -Padahal yang demikian itu adalah sesuatu yang mustahil (bagi Allah)”.

15 IJMA' YANG MENGKAFIRKAN GOLONGAN MUJASSIMAH

الدِّلِيْلُ عَلَى تَنْـزِيْهِ اللهِ عَنِ الْمَكَانِ وَالْـجِهَةِ مِنَ الْإِجْمَاعِ
اِعْلَمْ أَنَّ الْمُسْلِمِيْنَ اِتَّفَقُوْا عَلَى أَنَّ اللهَ تَعَالَى لَا يَـحُلُّ فِيْ مَكَانٍ، وَلَا يـَحْوِيْهِ مَكَانٌ وَلَا يَسْكُنُ السَّمَاءَ وَلَا يَسْكُنُ الْعَرْشَ، لِأَنَّ اللهَ تَعَالَى مَوْجُوْدٌ قَبْلَ الْعَرْشِ وَقَبْلَ السَّمَاءِ وَقَبْلَ الْمَكَانِ، وَيَسْتَحِيْلُ عَلَى اللهِ التَّغَيُّرُ مِنْ حَالٍ إِلَى حَالٍ وَمِنْ صِفَةٍ إِلَى صِفَةٍ أُخْرَىْ، فَهُوَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى كَانَ مَوْجُوْدًا فِي الْأَزَلِ بِلَا مَكَانٍ، وَبَعْدَ أَنْ خَلَقَ الْمَكَانَ لَا يَزَالُ مَوْجُوْدًا بِلَا مَكَانٍ. وَمَا سَنَذْكُرُهُ فِيْ هَذَا الْكِتَابِ بِـمَشِيْئَةِ اللهِ تَعَالَى وَعَوْنِهِ وَتَوْفِيْقِهِ مِنْ أَقْوَالٍ فِيْ تَنـزِيْهِ اللهِ عَنِ الْمَكَانِ لِأَعْلَامٍ ظَهَرُوْا عَلَى مَدَى أَرْبَعَةَ عَشَرَ قَرْنًا مِنَ الزَّمَنِ مُنْذُ الْصَدْرِ الْأَوَّلِ أَيْ مُنْذُ عَهْدِ الصَّحَابَةِ إِلَى يَوْمِنَا هَذَا يُعْتَبَرُ مِنْ أَقْوَى الْأَدِلَّةِ عَلَى رُسُوْخِ هَذِهِ الْعَقِيْدَةِ وَثُبُوْتِـهَا فِيْ نُفُوْسِ الْمُسْلِمِيْنَ سَلَفًا وَخَلَفًا.
Maksudnya:
"Ketahuilah bahawa sekalian umat Islam bersepakat bahawa Allah tidak menduduki suatu tempat, tiada tempat yang melingkungi-Nya, tidak juga Dia duduk di langit dan tiada duduk di atas Arasy. Ini kerana wujudnya Allah adalah sebelum wujudnya Arasy, langit dan tempat. Mustahil pada akal bahawa Allah itu berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain dan dari suatu sifat kepada sifat yang lain. Ini kerana kewujudan Allah pada azali adalah tanpa bertempat dan berterusanlah keadaan Allah sebegitu [iaitu tidak bertempat] setelah adanya tempat. Apa yang kami akan nyatakan dalam kitab ini, dengan kehendak Allah, bantuan dan petunjuk-Nya; adalah berkenaan pendapat-pendapat yang menyucikan Allah daripada bertempat berdasarkan [pendapat] para ulama  semenjak 14 kurun yang lalu yakni semenjak zaman para sahabat sehingga zaman kita pada hari ini. Ia dianggap sebagai sebahagian daripada dalil-dalil yang ampuh untuk mengukuhkan aqidah ini dan menetapkannya di dalam jiwa kaum muslim yang dahulu [Salaf] dan yang terkemudian [khalaf]".
لِيُعْلَمْ أَنَّ أَهْلَ الْـحَدِيْثِ وَالْفِقْهِ وَالتَّفْسِيْرِ وَاللُّغَةِ وَالنَّحْوِ وَعُلَمَاءِ الْأُصُوْلِ، وَعُلَمَاءِ الْمَذَاهِبِ الْأَرْبَعَةِ مِنَ الشَّافِعِيَّةِ وَالْـحَنَفِيَّةِ وَالْمَالِكِيَّةِ وَالْـحَنَابِلَةِ ـ إِلَّا مَنْ لَـحِقَ مِنْهُمْ بِأَهْلِ التَّجْسِيْمِ ـ وَالصُّوْفِيَّةِ الصَّادِقِيْنَ كُلُّهُمْ عَلَى عَقِيْدَةِ تَنْـزِيْهِ اللهِ عَنِ الْمَكَانِ، إِلَّا أَنَّ الْمُشَبِّهَةَ وَمِنْهُمْ نَفَاةُ التَّوَسُّلِ شَذُّوْا عَنْ هَذِهِ الْعَقِيْدَةِ الْـحَقَّةِ فَقَالُوْا إِنَّ اللهَ يَسْكُنُ فَوْقَ الْعَرْشِ  وَالْعِيَاذُ بِاللهِ تَعَالَى.
Maksudnya:
"Hendaklah diketahui bahawa para ulama’ hadith, fiqh, tafsir, bahasa, nahu, usuluddin dan ulama mazhab yang empat seperti mazhab Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali melainkan golongan terkemudian daripada pengikut mazhab Hanbali yang berkeyakinan tajsim [menyamakan Allah dengan makhluk] dan para ulama sufi yang benar, sekalian mereka itu berpegang dengan aqidah menyucikan Allah daripada bertempat melainkan golongan musyabbihah [yang menyamakan Allah dengan makhluk] dan di antara mereka adalah golongan yang menafikan tawassul di mana mereka menyimpang daripada aqidah yang benar ini. Maka, golongan ini menyatakan bahawa Allah menetap di atas Arasy dengan zat-Nya. Wal‘iyazubillah".
_______________________________________
1ـ وَمِـمَّنْ نَقَلَ إِجْمَاعَ أَهْلِ الْـحَقِّ عَلَى تَنـزِيْهِ اللهِ عَنِ الْمَكَانِ الشَّيْخُ عَبْدُ الْقَاهِرِ بنُ طَاهِرٍ التَّمِيْمِيُّ الْبَغْدَادِيُّ (429هـ)، فَقَدْ قَالَ مَا نَصُّهُ: "وَأَجْمَعُوْا ـ أَيْ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْـجَمَاعَةِ ـ عَلَى أَنَّهُ ـ أَيْ اللهَ ـ لَا يَـحْوِيْهِ مَكَانٌ وَلَا يَـجْرِيْ عَلَيْهِ زَمَانٌ" اهـ.
Maksudnya:
"Dan di antara mereka yang menukilkan ijma‘ golongan yang benar atas menyucikan Allah daripada bertempat ialah asy-Syeikh Abdul Qahir bin Thahir at-Tamimi al-Baghdadi (m. 429H), sesungguhnya beliau berkata: (Dan sekalian mereka telah bersepakat iaitu Ahlussunnah waljama`ah atas sesungguh-Nya [Allah] tidak diliputi oleh tempat dan tidak berlalu di atas-Nya [Allah] oleh masa).
_______________________________________
2ـ وَقَالَ الشَّيْخُ إِمَامُ الْـحَرَمَيْنِ عَبْدُ الْمَلِكِ بن عَبْدُ اللهِ الْـجُوَيْنِيُّ الشَّافِعِيُّ (478هـ) مَا نَصُّهُ: "وَمَذْهَبُ أَهْلِ الْـحَقِّ قَاطِبَةً أَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى يَتَعَالى عَنِ التَّحَيُّزِ وَالتَّخَصُّصِ بِالْـجِهَاتِ" اهـ.
Maksudnya:
"Asy-Syeikh Imam al-Haramain `Abdul Malik bin `Abdullah al-Juwaini asy-Syafi`e berkata: ((Sekalian golongan yang berpegang dengan kebenaran bersepakat bahawasanya Allah subhanhu wa ta‘ala maha suci daripada memenuhi suatu kadar daripada ruang kosong dan tertentu pada suatu arah))".
_______________________________________
3ـ وَقَالَ الْمُفَسِّرُ الشَّيْخُ فَخْرُ الدِّيْنِ الرَّازِيّ (606هـ) مَا نَصُّهُ: "إِنْعَقَدَ الْإِجْمَاعُ عَلَى أَنَّهُ سُبْحَانَهُ لَيْسَ مَعَنَا بِالْمَكَانِ وَالْـجِهَةِ وَالْـحَيِّزِ" اهـ.
Maksudnya:
"Al-Mufassir asy-Syeikh Fakhruddin ar-Razi (m. 606H) berkata: ((Telah berlaku ijma atas bahawasanya Allah ta`ala tidaklah bersama kita dengan bertempat, berarah dan mengambil satukadar daripada ruang kosong".
_______________________________________
4ـ وَقَالَ الشَّيْخُ إِسْـمَاعِيْلُ الشَّيْبَانِيُّ الْـحَنَفِيُّ (629هـ) مَا نَصُّهُ: "قَالَ أَهْلُ الْـحَقِّ: إِنَّ اللهَ تَعَالَى مُتَعَالٍ عَنِ الْمَكَانِ، غَيْرُ مُتَمَكِّنٍ فِيْ مَكَانٍ، وَلَا مُتَحَيِّزٍ إِلَى جِهَةٍ خِلَافًا لِلْكَرَّامِيَّةِ وَالْمُجَسِّمَةِ" اهـ.
Maksudnya:
"Asy-Syeikh Ismail asy-Syaibani al-Hanafi: ((Golongan yang benar berkata: sesungguhnya Allah ta`ala maha suci daripada bertempat, tidak menduduki suatu tempat, dan tidak juga memenuhi suatu ruang pada sesuatu arah bersalahan dengan golongan Karramiyyah dan Mujassimah".
_______________________________________
5ـ وَقَالَ سَيْفُ الدِّيْنِ الآمِدِيُّ (631هـ) مَا نَصُّهُ: "وَمَا يُرْوَى عَنِ السَّلَفِ مِنْ أَلْفَاظٍ يُوْهِمُ ظَاهِرَهَا إِثْبَاتَ الْـجِهَةِ وَالْمَكَانِ فَهُوْ مَـحْمُوْلٌ عَلَى هَذَا الَّذِيْ ذَكَرْنَا مِنِ امْتِنَاعِهِمْ عَنْ إِجْرَائِهَا عَلَى ظَوَاهِرِهَا وَالْإِيْـمَانُ بِتَنْزِيْلِهَا وَتِلَاوَةُ كُلِّ ءَايَةٍ عَلَى مَا ذَكَرْنَا عَنْهُمْ، وَبَيْنَ السَّلَفِ الاِخْتِلَافُ فِي الْأَلْفَاظِ الَّتِيْ يُطْلِقُوْنَ فِيْهَا، كُلُّ ذَلِكَ اخْتِلَافٌ مِنْهُمْ فِي الْعِبَارَةِ، مَعَ اتَّفَاقِهِمْ جَمِيْعًا فِي الْمَعْنَى أَنَّهُ تَعَالَى لَيْسَ بِـمَتَمَكِّنٍ فِيْ مَكَانٍ وَلَا مُتَحَيِّزٍ بِـجِهَةٍ" اهـ.
Maksudnya:
"Saifuddin al-Amadi berkata: ((Sebarang perkara yang diriwayatkan daripada golongan Salaf yang terdiri daripada lafaz-lafaz yang pada zahirnya memberi waham kepada sabitnya arah dan tempat bagi Allah, maka perkara tersebut perlu ditanggung mengikut kenyataan yang telah kami sebutkan sebelum ini iaitu yang terdiri daripada tegahan mereka daripada memahami ayat-ayat tersebut mengikut makna zahirnya. Dalam masa yang sama mereka beriman dengan ayat-ayat [mutasyabihat] tersebut dan mereka juga membaca setiap ayat-ayat tersebut sepertimana yang telah kami sebutkan tentag mereka sebelum ini. Dalam kalangan golongan salaf juga berlaku perselisihan dalam penggunaan lafaz bagi kalimah yang mutasyabihat tetapi kesemua perselisihan itu hanyalah berlaku pada penggunaan bahasa sahaja. Dalam konteks makna, mereka sepakat bahawa Allah TIDAK BERTEMPAT, MENGAMBIL SATU KADAR DARIPADA RUANG KOSONG DAN BERARAH".

وَلِلشَّيْخِ ابْنِ جَهْبَل الْـحَلَبِي الشَّافِعِي (733هـ) رِسَالَةٌ ألَّفَهَا فِيْ نَفْيِ الْـجِهَةِ رَدَّ بِـهَا عَلَى الْمُجَسِّمِ الْفَيْلَسُوْفِ ابْنِ تَيْمِيَّةَ الْـحَرَّانِيْ الَّذِيْ سَفَّهَ عَقِيْدَةَ أَهْلِ السُّنَّةِ، وَطَعَنَ بِأَكَابِرِ صَحَابَةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَعُمَرَ وَعَلِيٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا.
Maksudnya:
"Dan asy-Syeikh Ibnu Jahbal al-Halabi asy-Syafie (M. 733H) telah menyusun satu risalah yang menafikan wujudnya arah bagi Allah dan risalah ini bertujuan menolak fahaman golongan mujassimah dan falsafah seperti ibnu Taimiyah al-Harrani yang memperbodohkan aqidah ahlussunnah dan mencela sahabat-sahabat nabi sallallahu`alaihi wasallam yang agung seperti `Umar dan `Ali radiyallahu`anhuma".
_______________________________________
6ـ قَالَ ابْنُ جَهْبَل مَا نَصُّهُ: "وَهَا نَـحْنُ نَذْكُر عَقِيْدَةَ أَهْلِ السُّنَّةِ، فَنَقُوْلُ: عَقِيْدَتُنَا أَنَّ اللهَ قَدِيْـمٌ أَزَلِيٌّ، لَا يُشْبِهُ شَيْئًا وَلَا يُشْبِهُهُ شَىْءٌ، لَيْسَ لَهُ جِهَةٌ وَلَا مَكَانٌ" اهـ.
Maksudnya:
"Ibnu Jahbal berkata: ((Dan di sini ingin kami sebutkan tentang aqidah ahli sunnah: maka kami berkata: aqidah kami, Allah itu qadim lagi azali [tidak ada permulaan bagi kewujudan-Nya], Dia tidak menyerupai sesuatupun dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya, tidak ada bagi-Nya arah dan tempat))".
________________________________________
7ـ نَقَلَ الشَّيْخُ تَاجُ الدِّيْنِ السُّبْكِيُّ الشَّافِعِيُّ الْأَشْعَرِيُّ (771هـ) عَنِ الشَّيْخِ فَخْرِ الدِّيْنِ بنِ عَسَاكِرَ أَنَّهُ كَانَ يَقْرَأُ العَقِيْدَةَ المرشَدَةَ التي فِيْهَا : "إِنَّ اللهَ تَعَالَى مَوْجُوْدٌ قَبْلَ الْـخَلْقِ لَيْسَ لَهُ قَبْلٌ وَلَا بَعْدٌ، وَلَا فَوْقٌ وَلَا تَـحْتٌ، وَلَا يَـمِيْنٌ وَلَا شِـمَالٌ، وَلَا أَمَامٌ وَلَا خَلْفٌ". ثُـمَّ قَالَ ابْنُ السُّبْكِيُّ بَعْدَ أَنَّ ذَكَرَ هَذِهِ الْعَقِيْدَةَ مَا نَصُّهُ: "هَذَا ءَاخِرُ الْعَقِيْدَةِ وَلَيْسَ فِيْهَا مَا يُنْكِرُهُ سُنِّـيٌّ" اهـ.
Maksudnya:
"Syeikh Tajuddin as-Subki asy-Syafi`e al-Asy`ari menukilkan daripada Syeikh Fakhruddin ibn Asakir bahawa beliau ada menyatakan: sebelum daripada kewujudan makhluk, Allah telahpun wujud dan tiada bagi-Nya sebelum dan selepas, atas, bawah, kiri dan kanan, hadapan dan belakang. Kemudian setelah menyatakan aqidah ini, Ibnu Subki berkata: inilah kemuncak bagi aqidah ini dan tiada dalam kalangan pengikut sunni yang mengingkarinya".
________________________________________
8ـ وَوَافَقَهُ عَلَى ذَلِكَ الْـحَافِظُ الْمُحَدِّثُ صَلَاحُ الدِّيْنِ الْعَلَّائِيُّ (761هـ) أَحَدُ أَكَابِرِ عُلَمَاءِ الْـحَدِيْثِ فَقَالَ مَا نَصُّهُ: "وَهَذِهِ "الْعَقِيْدَةُ الْمُرْشِدَةُ" جَرَى قَائِلُهَا عَلَى الْمِنْهَاجِ الْقَوِيْـمِ، وَالْعَقْدِ الْمُسْتَقِيْمِ، وَأَصَابَ فِيْمَا نَزَّهَ بِهِ الْعَلِيَّ الْعَظِيْمَ" اهـ.
Maksudnya:
"salah seorang ulama hadith yang terkemuka, Syeikh al-Hafiz al-Muhaddith Solahuddin Al-`Allai bersetuju dengan ibnu Subki dan beliau menyatakan: inilah aqidah yang benar, orang yang berkata dengannya berpijak atas landasan yang betul, pegangan yang benar dan ia menepati perkara yang disucikan akan Allah yang Maha Tinggi dan Agung".
________________________________________
9ـ قَالَ الشَّيْخُ مُـحَمَّدُ مَيَّارَةَ الْمَالِكِيُّ (1072هـ) مَا نَصُّهُ: "أَجْمَعَ أَهْلُ الْـحَقِّ قَاطِبَةً عَلَى أَنَّ اللهَ تَعَالَى لَا جِهَةَ لَهُ، فَلَا فَوْقَ وَلَا تَـحْتَ وَلَا يَـمِيْنَ وَلَا شِـمَالَ وَلَا أَمَامَ وَلَا خَلْفَ" اهـ.
Maksudnya:
"Syeikh Muhammad Mayyarah al-Maliki berkata: Seluruh golongan yang berpegang dengan kebenaran telah bersepakat bahawa Allah itu tidak ada arah bagiNya, tiada bagi-Nya atas , bawah, kiri dan kanan, depan dan belakang".
________________________________________
10ـ وَقَالَ شَيْخُ الْـجَامِعِ الأَزْهَرِ سَلِيْمٌ الْبِشْرِيُّ (1335هـ) مَا نَصُّهُ: "مَذْهَبُ الْفِرْقَةِ النَّاجِيَةِ وَمَا عَلَيْهِ أَجْمَعَ السُّنِّيُّوْنَ أَنَّ اللهَ تَعَالَى مُنَـزَّهٌ عَنْ مُشَابَـهَةِ الْـحَوَادِثِ مُـخَالِفٌ لَـهَا فِيْ جَمِيْعِ سِـمَاتِ الْـحُدُوْثِ وَمِنْ ذَلِكَ تَنَزَّهَهُ عَنِ الْـجِهَةِ وَالْمَكَانِ" اهـ، ذَكَرَهُ الْقُضَاعِي فِيْ "فُرْقَانِ الْقُرْءَانِ".
Maksudnya:
"Syeikh al-Jami` al-Azhar Salim al-Bisyri: ((Mazhab golongan yang Berjaya dan pegangan bagi sekalian ahli sunnah ialah bahawasanya Allah disucikan daripada menyerupai perkara yang baharu dan Allah sama sekali tidak sama dengannya dalam apa jua sifat makhluk. Maka dengan ini diketahui bahawa Maha Suci Allah daripada berarah dan bertempat, kenyataan beliau ini disebutkan oleh al-Qudhai`e di dalam Furqan al-Quran".
_____________________________________
11ـ وَقَالَ الشَّيْخُ يُوْسُفُ الدِّجْوِيُّ الْمِصْرِيُّ (1365هـ) عُضْوُ هَيْئَةِ كِبَارِ الْعُلَمَاءِ بِالْأَزْهَرِ الشَّرِيْفِ فِيْ مِصْرَ مَا نَصُّهُ :"وَاعْلَمْ أَنَّ السَّلَفَ قَائِلُوْنَ بِاسْتِحَالَةِ الْعُلُوِّ الْمَكَانِيْ عَلَيْهِ تَعَالَى، خِلَافًا لِبَعْضِ الْـجَهَلَةِ الَّذِيْنَ يَـخْبِطُوْنَ خَبْطَ عَشْوَاءَ فِيْ هَذَا الْمَقَامِ، فَإِنَّ السَّلَفَ وَالْـخَلَفَ مُتَّفِقَانِ عَلَى التَّنْـزِيْهِ" اهـ.
Maksudnya:
"Asy-Syeikh Yusuf ad-Dijwi al-Misri seorang anggota majlis ulama’-ulama’ besar al-Azhar asy-Syarif: ((Ketahuilah bahawa golongan salaf menyatakan bahawa mustahil bagi Allah kedudukan yang tinggi dalam erti kata lawan bagi rendah [dalam konteks tempat]. Yang demikian ini adalah bersalahan dengan sebahagian golongan jahil yang mendakwa dan mengeluarkan kenyataan secara membuta tuli tentang hal ini. Kerana sesungguhnya golongan Salaf dan Khalaf bersepakat kedua-duanya dalam menafikan tempat dan arah bagi Allah".
_______________________________________
12ـ وَقَالَ أَيْضًا: "هَذَا إِجْمَاعٌ مِنَ السَّلَفِ وَالْـخَلَفِ" اهـ.
Maksudnya:
"Dan beliau juga berkata: ((Ini adalah merupakan ijma` daripada para ulama’ Salaf dan Khalaf))".
_______________________________________
13ـ وَقَالَ الشَّيْخُ سَلَامَةُ الْقَضَاعِيُّ الْعَزَامِيُّ الشَّافِعِيُّ (1376هـ) مَا نَصُّهُ: "أَجْمَعَ أَهْلُ الْـحَقِّ مِنْ عُلَمَاءِ السَّلَفِ وَالْـخَلَفِ عَلَى تَنَـزُّهِ الْـحَقِّ ـ سُبْحَانَهُ ـ عَنِ الْـجِهَةِ وَتَقَدُّسِهِ عَنِ الْمَكَانِ" اهـ.
Maksudnya:
"Asy-Syeikh Salamah al-Qudha`ie al-Azami asy-Syafi`e berkata: Ijma` para ahl al-haq yang terdiri daripada ulama’ salaf dan khalaf di atas penyucian Allah daripada berarah dan maha suci Allah daripada bertempat".
_______________________________________
14ـ وَقَالَ الْمُحَدِّثُ الشَّيْخُ مُـحَمَّدُ عَرَبِيُّ التَّبَّانَ الْمَالِكِيُّ الْمُدَرِّسُ بِـمَدْرَسَةِ الْفَلَاحِ وَبِالْمَسْجِدِ الْمَكِّيْ (1390هـ) مَا نَصُّهُ: "اِتَّفَقَ الْعُقُلَاءُ مِنْ أَهْلِ السُّنَّةِ الشَّافِعِيَّةِ وَالْـحَنَفِيَّةِ وْالْمَالِكِيَّةِ وَفُضَلَاءِ الْـحَنَابِلَةِ وَغَيْرِهِمْ عَلَى أَنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى مُنَـزَّهٌ عَنِ الْـجِهَةِ وَالْـجِسْمِيَّةِ وَالْـحَدِّ وَالْمَكَانِ وَمُشَابَـهَةِ مَـخْلُوْقَاتِهِ" اهـ.
Maksudnya:
"Al-Muhaddith Syeikh Muhammad `Arabi al-Tabban al-Maliki- guru di madrasah al-Falah: ((Telah sepakat golongan cerdik pandai daripada golongan ahli sunnah yang terdiri daripada para ulama’ mazhab Syafie, Hanafi, Maliki dan ulama yang utama daripada mazhab Hanbali dan selain mereka atas bahawasanya Allah maha suci daripada berarah, berjisim, mempunyai ukuran, bertempat dan menyerupai sebarang makhluk".
________________________________________
15ـ وَمِـمَّنْ نَقَلَ الْإِجْمَاعَ عَلَى ذَلِكَ فِيْ مَوَاضِعَ كَثِيْرَةٍ مِنْ مُؤَلَّفَاتِهِ وَدُرُوْسِهِ الْمُتَكَلِّمُ عَلَى لِسَانِ السَّلَفِ الصَّالِـحِ الْعَلَّامَةُ الشَّيْخُ عَبْدُ اللهِ الْـهَرَرِيُّ رَحِمَهُ اللهُ وَلَهُ عِنَايَةٌ شَدِيْدَةٌ بِتَعْلِيْمِ عَقِيْدَةِ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالْـجَمَاعَةِ لِلنَّاسِ فَقَالَ مَا نَصُّهُ: "قَاَل أَهْلُ الْـحَقِّ نَصَرَهُمُ الله: إِنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى لَيْسَ فِيْ جِهَةٍ" اهـ،
Maksudnya:
"Di antara mereka yang menukilkan ijma` berhubung perkara ini dalam banyak tempat di dalam karangan-karangannya dan siri-siri pengajian yang disampaikannya, yang mana beliau merupakan seorang yang berkata-kata berdasarkan kepada lisan golongan salaf as-soleh iaitulah al-`Allamah asy-Syeikh `Abdullah al-Harari semoga Allah merahmati beliau- dan beliau begitu memberi perhatian terhadap pengajaran akidah Ahlussunnah waljama‘ah kepada manusia, maka beliau berkata: Golongan ahli kebenaran- mudah-mudahan Allah membantu mereka-: Sesungguhnya Allah subahanahu wa ta‘ala tidak berada pada suatu arah".

 فَالْـحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى ذَلِكَ.
Maksudnya:
"Maka bersyukur kepada Allah atas yang demikian itu".

وَقَدْ حَذَّرَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَهْلِ الْأَهْوَاءِ بِقَوْلِهِ :"وَإِنَّهُ سَيَخْرُجُ مِنْ أُمَّتِيْ أَقْوَامٌ تَـجَارَى بِـهِمْ تِلْكَ الْأَهْوَاءُ كَمَا يَتَجَارَى الْكَلْبُ بِصَاحِبِهِ، لَا يَبْقَى مِنْهُ عَرَقٌ وَلَا مِفْصَلٌ إِلَّا دَخَلَهُ" رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ.
Maksudnya:
"Sesunggunhya baginda Rasulullah sallallahu`alaihi ada mengingatkan tentang golongan yang mengikut hawa nafsu dengan sabda baginda yang mafhumnya: sesungguhnya akan keluar satu kaum daripada umatku yang menuruti hawa nafsu sepertimana anjing yang menuruti tuannya. Tidak akan tinggal sebarang urat darah dan sebarang sendi melainkan ia akan meresap ke dalamnya. Riawayat Abu Daud. ".
 فَالْـحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ جَعَلَ لَنَا مَنْ يُبَيِّنُ عَقِيْدَةَ أَهْلِ السُّنَّةِ وَيُدَافِعُ عَنْهَا. وَتَـمَسَّكْ أَخِي الْمُسْلِمَ بِـهَذِهِ الْعَقِيْدَةِ الَّتِيْ عَلَيْهَا مِئَاتُ الْمَلَايِيْنَ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ، وَالْـحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى تَوْفِيْقِهِ.اهـ.
Maksudnya:
" Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita sebahagian daripada golongan yang menerangkan aqidah Ahli sunnah waljama`ah dan mempertahankannya. Wahai saudara seagamaku, berpeganglah dengan aqidah ini yang mana ia merupakan pegangan ratusan juta daripada umat Islam. Segala puji bagi Allah atas taufik-Nya".


Tuesday, April 23, 2013

ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT: AQIDAH IMAM EMPAT MAZHAB



AL-IMAM ABU HANIFAH

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit radiyallahu`anhu (W. 150 H)berkata di dalam kitabnya al-Fiqh al-Absat[1]:

"كَانَ اللهُ تَعَالَى وَلا مَكَانَ قَبْلَ أَنْ يَـخْلُقَ الْـخَلْقَ وَكَانَ اللهُ تَعَالَىْ وَلَـمْ يَكُنْ أَيْنٌ وَلا خَلْقٌ وَلا شَيْءٌ وَهُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ".

Maksudnya:

"Allah ta`ala itu wujud pada azali [tidak ada permulaan bagi kewujudan-Nya dengan]tanpa bertempat sebelum Dia menciptakan makhluk. Dan Allah ta`ala itu wujud pada azali [tidak ada permulaan bagi kewujudan-Nya dengan] tanpa di mana tanpa makhluk dan tanpa sesuatupun dan Dia pencipta segala sesuatu".

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man ibn Thabit radhiyallahu`anhu (W. 150H) berkata dalam kitabnya al-Wasiyyah:

"فَلَوْ كَانَ مُـحْتَاجًا إِلَى الْـجُلُوْسِ وَالْقَرَارِ فَقَبْلَ خَلْقِ الْعَرْشِ أَيْنَ كَانَ اللهُ؟ تَعَالَى اللهُ عَنْ ذَلِكَ عُلُوًّا كَبِيْرًا".
Maksudnya:

"Seandainya Allah berhajat kepada duduk dan bertempat, lalu di manakah Allah sebelum diciptakan `Arasy?Maha Suci Allah daripada DUDUK dan BERTEMPAT akan sebagai penyucian yang pasti."


AL-IMAM MALIK

Al-Imam al-Mujtahid Malik pernah ditanya tentang makna “Istawa” sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqidi dalam kitabnya al-Asma’ Wa al--Sifat[2]:

يَا أَبَا عَبْد ِاللهِ: الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىْ كَيْفَ اسْتِوَاؤُهُ؟ قَالَ: فَاطُرَقَ مَالِكٌ وَأَخَذَتْهُ الرَّحْضَاءَ ثُـمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ: الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىْ كَمَا وَصَفَ نَفْسَهُ، وَلا يُقَالُ كَيْفَ وَكَيْفَ عَنْهَ مَرْفُوْعٌ وَأَنْتَ رَجُلٌ سُوْءٌ صَاحِبُ بِدْعَةٍ أَخَرَجُوْهُ. قَالَ فَأَخْرُجَ الرَّجُلَ".

Maksudnya:

"Wahai Abu Abdillah: “Ar-Rahman beristawa ke atas `Arasy”, bagaimana Dia istawa? Makaal-Imam Malik menundukkan kepalanya dan peluh membasahinya, kemudian beliau mengangkat mukanya lalu berkata: “Ar-Rahman beristawa ke atas `Arasy sepertimana Dia sifatkan diri-Nya dan tidak boleh dikatakan bagaimana (istawa-Nya) dan bagaimana istawa-Nya (kaif iaitu sifat makhluk) diangkat daripada-Nya (tiada bagi-Nya kaif iaitu tidak menyerupai sifat makhluk). Sesungguhnya engkau ahli bid`ah, usirlah dia. Maka lelaki itupun diusir pergi".

Al-Imam al-Qarafi mensyarahkan maksud perkataan al-Imam Malik yang menyebut : "al-Kaif tidak masuk akal" berkata[3]: 

وَالْكَيْفُ غَيْرُ مَعْقُوْلٍ" مَعْنَاهُ أَنَّ ذَاتَ اللهِ لا تُوْصَفُ بِـمَا وَضَعَتْ لَهُالْعَرَبُ لَفْظَ كَيْفَ، وَهُوَ الأَحْوَالُ الْمُتَنَقِّلَةُ وَالْـهَيْئَاتُ الْـجِسْمِيَّةُ...فَلا يُعْقَلُ ذَلِكَ فِيْ حَقِّهِ لاِسْتِحَالَتِهِ فِيْ جِهَةِ الرُّبُوْبِيَّةِ".

Maksudnya:

"Al-Kaif [sifat makhluk] tidak masuk akal" maknanya, zat Allah tidak disifati dengan apa yang diletakkan oleh kaedah bahasa Arab dengan lafaz Kaif iaitu (sifat makhluk yang terdiri daripada) suatu keadaan yang berpindah-pindah (terpisah-pisah) dan suatu keadaan (sifat) kejisiman...Maka tidak masuk akal (mustahil) ianya (Kaif iaitu sifat makhluk) dinisbahkan kepada Allah kerana ianya (kejisiman dan sifat makhluk) mustahil bagi sifat ketuhanan (Allah ta`ala)" .


AL-IMAM ASY-SYAFI`E

Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Syafi`e radiyallhu`anhu (W. 203 H)telah berkata[4]:

إنَّهُ تَعَالَى كَانَ وَلا مَكَان فَخَلَقَ الْمَكَانَ وَهُوَ عَلَى صِفَةِ الأَزَلِيَّةِ كَمَا كَانَ قَبْلَ خَلْقِهِ الْمَكَانَ لا يَـجُوْزُ عَلَيْهِ التَّغْيِيْرُ فِيْ ذَاتِهِ وَلا التَّبْدِيْلُ فِيْ صِفَاتِهِ".

Maksudnya:

"Sesungguhnya Dia ta`ala wujud pada azali [iaitu tidak ada permulaan bagi kewujudan-Nya dengan] tanpa bertempat, maka Dia mencipta tempat sedangkan Dia tetap diatas sifat keazalian-Nya sebagaimana Dia wujud pada azali sebelum Dia mencipta tempat [iaitu wujud-Nya dengan tanpa bertempat]. Perubahan tidak harus (pada akal) berlaku perubahan ke atas-Nya pada zat-Nya dan tidak juga berlaku penukaran pada sifat-Nya".

 Al-Imamal-Mujtahid Muhammad Ibn Idris al-Syafi`e radiyallhu`anhu (W. 203 H)berkata[5]:
مَنْ انْتَهَضَ لِمَعْرِفَةِ مُدَبِّرِهِ فَانْتَهَى إِلَى مَوْجُوْدٍ يَنْتَهِيْ إِلَيْهِ فِكْرُهُ فَهُوَ مُشَبِّهٌ وَإِنِ اطْمَأَنَّ إِلَى الْعَدَمِ الصَّرْفِ فَهُوَ مُعَطِّلٌ وَإِن اطْمَأَنَّ إِلَى مَوْجُوْدٍ وَاعْتَرَفَ بِالْعَجْزِ عَنْ إِدْرَاكِهِ فَهُ وَمُوَحِّدٌ".

Maksudnya:

"Barangsiapa yang berusaha untuk mengetahui pentadbirnya (Allah) hingga menyakini bahawa yang ia bayangkan dalam benak fikirannya adalah Allah, maka dia adalah Musyabbihah (orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, maka ia telah kafir]. Danjika ia berhenti pada keyakinan bahawa Tuhan (yang mentadbirnya) maka diaadalah mu`aththil (orang yang meniadakan Tuhan/atheis, maka ia telah kafir). Dan jika ia berhenti pada keyakinan bahawa pasti ada pencipta yang menciptakannya dan tidak menyerupainya serta mengakui bahawa dia tidak akan dapat membayangkan-Nya [Allah], maka dia adalah muwahhid (orang yang mentauhidkan Allah)".



AL-IMAMAHMAD BIN HANBAL

Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad IbnHanbal radiyallahu`anhu  (W. 231 H)berkata[6]:

وَأَمَّا الإِمَامُ الْـجَلِيْلُ أَبُوْ عَبْدُ اللهِ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ الشَيْبَانِيْ فَقَدْ ذَكَرَ الشَّيْخُ ابن حَجَرِ الْـهَيْثَمِيْ أَنَّهُ  كَانَ مِنَ الْمُنَزٍّ هِيْنَ اللهَ تَعَالَى عَنِ الْـجِهَةِ  وَالْـجِسْمِيَّةِ، ثُـمَّ قَالَ ابْنُ حَجَرٍ مَا نَصَّهُ: وَمَا اشْتَهَرَ بَيْنَ جَهَلَةِ الْمَنْسُوْبِيْنَ إِلَى هَذَا الإِمَامِ الأَعْظَمِ مِنْ أَنَّهُ قَائِلٌ بِشَيْءٍ مِنَ الْـجِهَةِ أَوْ نَحْوِهَا فَكِذْبٌ وَبُهْتَانٌ وَافْتِرَاءٌ عَلَيْهِ".

Maksudnya:

"Dan adapun al-Imam Ahmad al-Jalil Abu `Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Syaibani,maka sungguh telah disebutkan oleh asy-Syeikh ibnu Hajar al-Haithami sesungguhnya beliau (Imam Ahmad) dalam kalangan mereka yang mensucikan Allah ta`ala daripada sebarang tempat dan jisim.Kemudian, Ibnu Hajar berkata: Adapun yang masyhur dalam kalangan orang-orang jahil yang menisbahkan kepada Imam yang agung ini, bahawa beliau bercakap tentang (Allah ta`ala) bertempatdan sebagainya, maka ia merupakan sesuatu yang dusta, tipu daya dan rekaan keatas beliau".

Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad Ibn Hanbal radiyallahu`anhu  (W. 231 H)berkata[7]:

كَانَ يَقُوْلُ- أَيْ الإِمَامُ أَحْمَدُ- فِيْ مَعْنَى الاِسْتِوَاءِ هُوَ الْعَلُوُّ وَالاِرْتِفَاعُ وَلَـمْ يَزَلِ اللهُ عَالِيًا رَفِيْعًا قَبْلَ أَنْ يَـخْلُقَ عَرْشَهُ فَهُوَ فَوْقَ كُلِّ شَيْءٍ وَالْعَالِيْ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ...عَلا وَلا يَـجُوْزُ أَنْ يُقَالَ اسْتَوَى بِـمُمَاسَةٍ وَلا بِـمُلاقَاةٍ تَعَالَى اللهُ عَنْ ذَلِكَ عُلُوًّا كَبِيْرًا وَاللهُ تَعَالَى لَـمْ يَلْحِقْهُ تَغْيِيْرٌ وَلا تَبْدِيْلٌ وَلا تَلْحَقُهُ الْـحُدُوْدُ قَبْلَ خَلْقِ الْعَرْشِ وَلا بَعْدَ خَلْقِ الْعَرْشِ".

Maksudnya:

"Telah berkata –iaitu al-Imam Ahmad- pada menjelaskan tentang makna istawa iaitu ketinggian darjat dan keagungan-Nya. Allah ta`ala sentiasa Maha Tinggi dan MahaTinggi (darjat-Nya) sebelum Dia menciptakan `Arasy. Dia di atas setiap sesuatu dan Maha Tinggi (kedudukan-Nya) daripada setiap sesuatu… Tidak boleh seseorang berkata bahawasanya, istawa itu zat Allah ta`ala menyentuh `Arasy atau menempatinya [Arasy].Maha Suci Allah ta`ala daripadanya (bertempat)  akan sebagai penyucian yang pasti. Dia tidak akan berubah-ubah, tidak dibatasi dengan sebarang batasan sebelum penciptaan `Arasy dan setelah kejadian (terciptanya) `Arasy tersebut".

فَقَدْ نَقَلَ أَبُو الفَضْلِ التَّمِيْمِيْ رَئِيْسُ الْـحَنَابِلَةِ

Maka sesungguhnya Abu Fadhl al-Tamimi, penghulu ulama` Hanabilah


Berdasarkan perkataan Imam Abu al-Fadhl al-Tamimi ini, al-Imam Ahmad radiyallahu`anhu menafikan bagi Allah ta`ala sebarang makna-makna yang membawa kepada kelaziman-kelaziman jisim seperti beranggota, berukuran, mempunyai bentuk dan sebagainya. 

Imam Ahmad bukan sekadar menolak fahaman Tajsim, tetapi diriwayatkan juga bahawasanya beliau mengkafirkan mereka yang berfahaman tajsim.


[1] Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit, al-Fiqh al-Absat – h. 25 dan dikumpulkan juga di dalam Majmu` Rasa’il Abi Hanifah dengan tahqiq oleh al-Kawthari- , (t.p.), h. 6.

[2] Al-Imamal-Bayhaqi, al-Asma’ was-Sifat; Bab ma ja’ fi al-`Arsy wa al-Kursi, DarAl-Jail Beirut, hlm. 568 .

[3]Al-Imam al-Qarafi di dalam kitabnya Az-Zakhirah,13/242.

[4] Muhammad Murtada al-Zabidi(t.t), Ittihaf al-Sadat al-Muttaqin, Dar al-Fikr,Beirut, j. 2, h. 23.

[5] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi dan lain-lain.

[6] Syaikh al-Islam Ahmad bin Muhammad bin `Ali bin Hajar al-Haithamiy al-Makki al-Misri (t.t),al-Fatawa al-Hadithiyyah, (t.t.p): Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabiy, h.144.

[7] bual-Fadhl al-Tamimi(t.t), Risalah al-Tamimi, (t.tp): (t.p), j. 2, h.265/290.