Tuesday, August 21, 2012

Sifat -Sifat Allah yang Tiga Belas


Ramai ulama’ mutaakhirin yang menulis dalam aqidah mengatakan : Sesungguhnya wajib aini yang difardhukan atas  setiap mukallaf (yang cukup umur dan berakal) adalah  mengetahui akan tiga belas sifat daripada sifat-sifat Allah:

Wujud, Tiada Permulaan, Bersalahan dengan yang Baharu, Tiada Sekutu pada Ketuhanan,  Tidak Berhajat Pada yang Lain, Kekal, Maha Berkuasa, Maha Berkehendak, Maha Hidup,Maha  Mengetahui , Berfirman, Maha  Mendengar, dan Maha Melihat, dan yang mustahil bagi Allah itu adalah perkara yang menafikan sifat-sifat ini.

 Oleh kerana sifat-sifat ini disebut dengan banyaknya  dalam nas-nas syaria’t(Quran dan Hadith). Maka telah berkata ulama’ : Wajib mengetahuinya dengan wajib aini-iaitu wajib atas setiap  mukallaf-, dan telah berkata sebahagian ulama’ dari kalangan Al-Asyai’rah dengan kewajipan mengetahui dua puluh sifat, mereka menambah tujuh lagi sifat ma’nawiyyah, mereka kata : Keadaan Allah yang berkuasa, berkehendak, hidup, mengetahui, berfirman, mendengar, dan melihat. Adapun jalan yang pertama yang  mewajibkan mengetahui 13 sifat  adalah yang rajih kerana mengetahui  ketetapan berkuasa bagi Allah adalah juga mengetahui  keadaannya yang berkuasa dan begitu juga yang lain.  

Sifat-sifat Allah yang tiga belas itu dibahagikan kepada tiga bahagian:


Sifat Nafsiah. iaitu  tidak diterima wujudnya zat tanpa sifat tersebut, sifat itu adalah wujud iaitu ada.


Sifat Salbiah, iaitu sifat yang menafikan barang yang tdak layak bagi Allah, sifat itu adalah Tiada Permulaan, Kekal(tiada penghujung), Tidak Berhajat Pada yang Lain, Bersalahan dengan yang Baharu, Tiada Sekutu pada Ketuhanan.


Sifat Ma’ani, iaitu sifat-sifat yang tetap pada zat Allah dan jika dibukakan hijab ke atas hamba maka pasti hamba dapat melihatnya. Sifat itu adalah Maha Berkuasa, Berkehendak, Mengetahui, Hidup, Mendengar, Melihat dan Berfirman.  


Kesimpulan:Mengetahui dan meyakini tiga belas sifat bagi Allah adalah wajib atas setiap mukallaf. Adapun menghafalnya adalah fardhu kifa’i Barangsiapa menafikan satu sifat daripada tiga belas sifat ini maka dia kafir, begitu juga syak mengenai satu sifat sekalipun dari sifat tiga belas, jadi kafirInsya Allah, pada masa akan datang kita akan perbincangkan satu-persatu sifat-sifat Allah yang tiga belas.  


 Sumber: Kitab Ash-Shirotil Mustaqim

ATTRIBUTES OF ALLAH


The scholars said that it is obligatory upon every mukallaf to know thirteen Attributes of Allah. They are:
Existence, Oneness, Eternity, Everlastingness, Non-neediness of others, Power, Will, Knowledge, Hearing, Sight, Life, Speech, and Non-resemblance to the creation. The explanation of these attributes is as follows:

Existence: 
It is obligatory to believe that Allah exists and that there is no doubt in His Existence. He exists without a place. Time does not lapse on Allah.

Oneness: 
Allah is One without any partners. He is One in His Self, His Attributes, and His Actions.

Eternity: 
Allah is Eternal; there is no beginning to His Existence. He has existed since before the creation.

Everlastingness: 
Allah is Everlasting; His existence does not come to an end. He does not perish.

Non-neediness of others: 
Allah does not need any of His creations and they are all in need of Him.

Power: 
Allah has Power over everything.

Will: 
Everything that occurs in this world is by the Will of Allah.

Knowledge: 
Allah knows about all things before they occur.

Hearing: 
Allah hears all what is hearable, without an ear or any other organ.

Sight: 
Allah sees all what is seeable, without a pupil or any other organ.

Life: 
Allah is alive without a soul, skin, or heart. His Life is not similar to ours. He is alive and does not die.

Speech: 
Allah’s Speech is without a tongue or lip. His Speech is not in a language, Arabic or anything else. His Speech does not resemble the speech of the humans.

Non-resemblance to the creations: 
Allah does not resemble the creations.