Tuesday, March 12, 2013

-Kepentingan Sanad-


Sanad adalah mata rantai orang-orang yang membawa sebuah disiplin ilmu (Silsilah ar-Rijâl).  Mata rantai ini terus bersambung satu sama lainnya hingga kepada pembawa awal ilmu-ilmu itu sendiri; yaitu Rasulullah. Integritas sanad dengan ilmu-ilmu Islam tidak dapat terpisahkan. Sanad dengan ilmu-ilmu keislaman laksana paket yang merupakan satu kesatuan. Seluruh disiplin ilmu-ilmu Islam dipastikan memiliki sanad. Dan Sanad inilah yang menjamin keberlangsungan dan kemurnian ajaran-ajaran dan ilmu-ilmu Islam sesuai dengan yang dimaksud oleh pembuat syari’at itu sendiri; Allah dan Rasul-Nya.

Di antara sebab “kebal” ajaran-ajaran yang dibawa Rasulullah dari berbagai usaha luar yang hendak merosaknya adalah kerana keberadaan sanad. Hal ini berbeda dengan ajaran-ajaran atau syari’at nabi-nabi sebelum nabi Muhammad. Adanya berbagai perubahan pada ajaran-ajaran mereka, bahkan mungkin hingga terjadi pertentangan ajaran antara satu masa dengan masa lainnya setelah ditinggal oleh nabi-nabi yang bersangkutan, adalah kerana tidak memiliki sanad. Kerana itu para ulama menyatakan bahwa sanad adalah salah satu “keistimewaaan” yang dikaruniakan oleh Allah kepada umat nabi Muhammad, di mana hal tersebut tidak dikaruniakan oleh Allah terhadap umat-umat nabi sebelumnya. Dengan jaminan sanad ini pula kelak kemurnian ajaran-ajaran Rasulullah akan terus berlangsung hingga datang hari kiamat[1].  

Tentang pentingnya sanad, Imam Ibn Sirin, seorang ulama terkemuka dari kalangan tabi’in, berkata: 

إنّ هَذَا اْلعِلْمَ دِيْنٌ فَانْظُرُوا عَمّنْ تَأخُذُوْنُ دِيْنَكُمْ (رَوَاهُ مُسْلِمٌ فِي مُقَدِّمَةِ الصّحِيْح)


“Sesungguhnya ilmu -agama- ini adalah agama, maka lihatkan oleh kalian dari manakah kalian mengambil agama kalian”.  (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam mukadimah kitab Shahîh-nya).
 

Imam ‘Abdullah ibn al-Mubarak berkata: 

الإسْنَادُ مِنَ الدّيْنِ لَوْ لاَ الإسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ

“Sanad adalah bagian dari agama, jika bukan kerana sanad maka setiap orang benar-benar akan berkata -tentang urusan agama- terhadap apapun yang ia inginkan”[2]. 

 Pentingnya sanad tidak hanya berlaku khusus dalam disiplin hadits, atau ilmu-ilmu hadits saja, tetapi berlaku dalam seluruh ilmu-ilmu agama. Perhatikan perkataan Ibn Sirin di atas, beliau tidak mengatakan khusus dalam masalah hadits saja, tetapi beliau mengatakan “al-‘Ilm” artinya secara mutlak mencakup seluruh ilmu-ilmu agama. Pemahaman ini pula tersirat dalam perkataan Imam Abdullah ibn al-Mubarak. 


[1] Penjelasan ini diungkapkan dalam hampir seluruh kitab-kitab Musthalah al-Hadits, lihat di antaranya; an-Nawawi (w 676 H) dalam at-Taqrib, j. 2, h. 94, as-Suyuthi dalam Tadrib ar-Rawi, j. 2, h. 93, Ibn ash-Shalah dalam al-Muqaddimah, h. 239, al-‘Iraqi dalam at-Taqyid wa al-Idlah, h. 239, al-‘Iraqi dalam Fath al-Mughits Syarh Alfiyah al-Hadits, h. 308
 [2] Ibn ash-Shalah, al-Muqaddimah, h. 239    



Sunday, March 10, 2013

Golongan yang Selamat


Aqidah yang selamat adalah aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah iaitu mereka yang mengikuti aqidah para nabi dan para sahabat Nabi Muhammad yang mulia dan mereka kini dikenali sebagai  golongan Asya'irah dan Maturidiah. Golongan Asya'irah adalah mereka yang mengikuti susunan aqidah Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan golongan Maturidiah adalah mereka yang mengikuti susunan aqidah Imam Abu Mansur Al-Maturidi.

Tersebut dalam kitab إِتحَافُ سَادَةِ المُتَّقِين  karangan Imam Murtadha Az-Zabidi (w. 1205H) iaitu kitab yang mensyarahkan Ihya' Ulumiddin karangan Imam Ghazali pada jilid 2 halaman 6:

إِذَا أُطْلِقَ أَهْلُ السُّنَّةِ فَالمُرَادُ بِهِ الْأَشَاعِرَةُ وَالمَاتُرِيدِيَّة 

ertinya: Apabila disebut Ahli Sunnah maka yang dimaksudkan dengan mereka ialah Asya'irah dan Maturidiah.

Inilah dua golongan yang selamat yang mengikuti jalan Rasulullah, para sahabat, tabi'in dan ulama' salafus soleh. Golongan ini mengajarkan aqidah bahawa Allah ada tanpa tempat dan tidak bermasa. Allah tidak sama dengan suatupun walau pada satu sudut sekalipun.

Sebagaimana firman Allah ta'ala:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْء
maksudnya: tiada suatupun yang sama denganNya.

Maka fahamlah dari ayat ini bahawa Allah tidak bertempat kerana jika ada bagi Allah itu bertempat pastinya adalah bagi Allah itu persamaan, luas, panjang, lebar dan kedalaman, dan barangsiapa yang bersifat sebegini ia adalah baharu,berhajat kepada yang menetapkannya dengan  panjang,lebar dan kedalaman. Maka inilah dalil dari Quran yang menyatakan Allah ada tanpa tempat.


Inilah aqidah Islam yang sebenar iaitu berkeyakian bahawa Allah ada tanpa tempat,bukan di satu tempat atau dimana-mana tempat atau tidak tahu dimana tempat. Telah bersabda Nabi Muhammad:
 

أَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْء وَأَنتَ البَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْء
maksudnya: Engkau yang Zhahir(jelas kewujudan Kau dengan adanya ciptaan ini) maka tiada di atas Kau sesuautpun, dan Engkau yang Bathin(yang tidak boleh digambarkan oleh fikiran) maka tiada di bawah kau suatupun.

Telah berkata Al-Hafiz Ahmad bin Al-Husain Al-Baihaqi (w. 458H) dalam kitabnya أَلأَسْماَءُ وَالصِّفَات  :
Telah berdalil sebahagian golongan kami(Asya'irah dan Syafi'iah) dengan hadis ini atas menafikan tempat bagi Allah ta'ala, maka sesungguhnya apabila tidak ada di atasNya sesuatu dan tiada dibawahNya sesuatu, tidaklah Dia bertempat.

Dan sabda Nabi lagi:
 
كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ   رواه البخاري


maksudnya: Allah ada pada azal(tidak bermula) dan tidak suatupun selainNya pada azal

Telah berkata Imam Al-Baihaqi dalam kitabnya الإعتقاد  dalam menjelaskan makna hadis ini : menjadi dalil bahawa sesungguhnya tidak ada sesuatu selainNya, tiada air, tiada 'Arasy dan tiada keduanya, dan tiada semua yang lain-lain.

Dalil-dalil di atas sangat jelas menyatakan bahawa Allah ta'ala tidak sama dengan makhluk dan Dia tidak bertempat. Telah berkata Saiduna 'Ali bin Abi Thalib radhiyallhu 'anhu :


  "كَانَ اللهُ وَلاَ مَكَان وَهُوَ الآنَ عَلَى مَا كَانَ" اه. أي أن الله تعالى موجود بلا مكان. 
 (رواه أبو منصور البغدادي في كتاب الفرق بين الفراق)

Maksudnya: Allah ada pada azal dan tidak bertempat dan Dia kini (selepas menciptakan tempat) Dia tidak bertempat.  iaitu sesungguhnya Allah ada tanpa tempat.

Telah berkata Imam Syafi'e radhiyallhu 'anhu(w. 204H):

 "َإِنَّه تَعَالَى كَانَ وَلاَ مَكَان فَخَلَقَ الْمَكَانَ وَهُوَ عَلَى صِفَةٍ الأَزَلِيَّةِ كَمَا كَانَ قَبْل خَلْقِهِ المَكَان لاَ يَجُوزُ عَلَيهِ التَّغَيُّرُ  فِي ذَاتِهِ وَلاَ التَّبْدِيل فِي صِفَاتِهِ" اه. نقله عنه الزبيدي في كتابه (إتحاف السادة المتقين.

maksudnya: Sesungguhnya Allah ta'ala ada pada azal(tanpa permulaan) dan tidak bertempat, maka Dia telah menciptakan tempat dan Dia kekal atas sifat azaliyah sebagaimana Dia ada pada azal sebelum Dia menciptakan tempat, mustahil (pada akal) ke atasNya berlaku perubahan pada zatNya dan mustahil juga berlaku pertukaran pada sifatNya.

Dan telah berkata Sayyiduna Ahmad Ar-Rifa'i rahimahullah (w. 577H):

غَايَةُ المَعْرِفَةِ بِاللهِ الإِيقَانُ بِوُجُودِهِ تَعَالَى بِلاَ كَيْفٍ وَلاَ مَكَان   
maksudnya: Setinggi-tinggi mengenal Allah adalah yakin dengan kewujudanNya ta'ala dengan   tidak berbentuk dan tanpa tempat

Inilah beberapa dalil yang sangat jelas menyatakan bahawa aqidah Nabi, sahabat dan ulama' salaf serta khalaf bahawa Allah ada tanpa tempat. Inilah aqidah yang telah disepakati oleh ulama' kita dan banyak lagi kata-kata ulama' yang lain yang tidak dapat disebut di sini.. Maka tidak boleh seseorang itu beraqidah Allah ada di langit, di atas 'arasy atau di mana-mana. Aqidah sebegini terkeluar dari Islam dan insya Allah pada masa akan datang akan diperjelaskan hukum mereka yang beraqidah sebegini. Semoga Allah memberikan kita kefahaman dalam agama dan diberikan kekuatan dalam menuntut ilmu.

والله أعلم و أحكم


Tuesday, March 5, 2013

أشهد أن لا إله إلا الله


Sebelum ini kita telah membincangkan mengenai sifat-sifat Allah yang maha suci daripada sifat-sifat kekurangan seperti bertempat, berarah dan berjisim. Dalil daripada Al-Quran yang mensucikan Allah daripada menyerupai makhluk ialah dari Surah Asy-Syura ayat 11, firman Allah :


    لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِير


Maksudnya: tiada suatupun yang menyerupai Allah dan Dia maha mendengar lagi maha melihat. 


Maka fahamlah di sini bahawa hanya Allah yang tiada permulaan sedang yang lain dari Allah ada permulaan iaitu baharu, Allah adalah pencipta sedang yang lain adalah dicipta.  Maka setiap perkara baharu yang ada, daripada sekecil-kecil benda yang dilihat di mata kasar iaitu zarrah hingga sebesar-besar benda yang berbentuk iaitu 'arasy dan kerja setiap benda tersebut, dan daripada setiap gerakan bagi hamba, serta diam, segala niat dan lintasan dalam fikiran, semuanya adalah dengan ciptaan Allah semata-mata. Tiada yang menciptanya selain dari Allah, bukanlah dengan semula jadi dan bukan dengan sebab bahkan ada dengan kehendak Allah dan kuasaNya, dengan ilmuNya dan ketentuanNya yang azali(yang tiada permulaan), ini berdasarkan firman Allah ta'ala :



وَخَلقَ كُلَّ شَيْء 


Maksudnya : Dan Dialah yang telah mencipta tiap-tiap sesuatu (Surah Al-Furqan, ayat 2)


iaitu(maksud mencipta) yang mengadakan sesuatu daripada tiada kepada ada, maka tiadalah yang mencipta dari fahaman ayat ini selain dari Allah. 


Firman Allah ta'ala:

هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ الله 


Maksudnya : Allah jua pencipta, tiada yang mencipta selain Allah (Surah Fathir, ayat 3)


 Telah berkata Imam Nasafi dalam kitabnya Matan Aqidah An-Nasafiyah, maknanya:"Apabila seseorang melempar kaca dengan batu hingga pecah kaca itu, maka lemparan, hantaman batu dengan kaca dan pecahnya kaca semuanya adalah ciptaan Allah. Jadi seorang hamba hanyalah melakukan kasb (Kasb adalah apabila seorang hamba mengarahkan niat dan kehendaknya untuk melakukan suatu perbuatan dan pada saat itulah Allah menciptakan dan menampakkan perbuatan tersebut) , dan adapun yang mencipta hanya Allah sahaja, firman Allah:

لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَت   


Maksudnya: bagi seseorang itu ganjaran bagi usahanya daripada perkara kebaikan, dan ke atasnya juga balasan bagi usahanya daripada perkara keburukan. (Surah Al-Baqarah, ayat 286)


#Kesimpulan daripada perbincangan ini adalah, hanya Allah sahaja yang mencipta, Allah sahaja pencipta, tiada yang mencipta selain Allah.. Kita sebagai makhluk tidaklah dipaksa namun kita ada pilihan dan pilihan kita di bawah kehendak Allah yang azal(tiada permulaan). Selain dari Allah adalah ciptaan, suatu yang dicipta ada ketentuan baginya, ada bentuk yang tertentu, tempat yang tertentu, arah yang tertentu, serta proses yang tertentu. Allah tiada bagiNya ketentuan, Dia tidak sama dengan ciptaan. Wallahu'alam

KISAH KAROMAH WALIYULLAH SYAIKH ABDULLAH AL-'ABDARIYY AR-RIFA'IY

Kisah ini adalah telah diambil dari guruku, salah seorang anak murid Syeikh Abdullah Al-Harari..


Assalamu ^alaikum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat yang baru memeluk Islam yang merupakan anak murid Syeikh Abdullah Rahimahullah memandu kereta yang hampir kehabisan bateri, bateri simpanan telah dibeli dan diletak dalam bonet kereta. Sahabat tersebut bersama sahabatnya yang masih belum memeluk Islam. Kereta akhirnya terhenti betul-betul di bawah Rumah Syeikh Abdullah Rahimahullah, lalu sahabat tersebut mengambil bateri baru, dibuka bateri lama diletak ditepi, tiba-tiba turun Syeikh Abdullah Rahimahullah dari rumahnya ingin ke suatu tempat, Syeikh Abdullah Rahimahullah dikerumuni orang ramai yang bersalam dengan Syeikh Abdullah Rahimahullah, lalu sahabat tadi juga mengambil peluang untuk bersalam, lalu terus ditawarkan untuk menghantar Syeikh Abdullah Rahimahullah ke tempat yang ingin dituju.



Syeikh Abdullah Rahimahullah bersetuju untuk mengikuti beliau, lalu teman yang bukan Islam tadi turun untuk tidak bersama, dan berlalulah mereka ke destinasi yang Syeikh Abdullah Rahimahullah ingin tuju. Setelah menghantar Syeikh, sahabat tersebut pulang dan mendapati teman yang bukan Islam tadi menangis teresak-esak, lalu ditanya mengapa? adakah ada orang yang berbuat zalim padanya? lalu jawab temannya "aku menangis bukan kerana aku disakiti, akan tetapi aku menangis kerana aku terkesima melihat engkau memandu kereta menghantar Syeikh Abdullah tanpa bateri, lihatlah kedua-dua bateri yang masih di lantai itu"...Temannya itu memeluk Islam setelah berlaku kejadian Karomah Syeikh Abdullah Rahimahullah di hadapan matanya itu.


ILMU AGAMA ADALAH CAHAYA


Assalamu ^alaikum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.

Telah berkata Al-Imam Al-Kabir As-Salafiy At-Thohawiy Rohimahullah dalam kitabnya Aqidah Thohawiyyah:

"Maha Suci Allah dari berHAD, berSEMPADAN (berpenghujung), berSUSUN, berANGGOTA, berBAHAGIAN, tidak diliputi ARAH yang ENAM (atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang) sebagaimana SEMUA MAKHLUK"

Berkata lagi Imam At-Thohawiy Rohimahullah:

"Dan BARANGSIAPA (tak kiralah siapa, berserban, berjubah, zuhud dll) menyifatkan Allah dengan SALAH SATU daripada SIFAT MANUSIA (makhluk) maka dia telah KUFUR"

Telah berkata Al-Imam Al-Muhaddith Syaikh Abdullah Al-Haroriy:

"Maka sesungguhnya mereka yang TIDAK BELAJAR ILMU AGAMA maka keadaannya itu seolah-olah dia berjalan dalam KEGELAPAN di tempat yang dipenuhi DURI, ULAR, HARIMAU, dan selainnya daripada pemangsa (bintang buas) dan perkara-perkara yang binasa. Dan Sesungguhnya telah Bersabda Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam: ((Dunia ini dilaknat dan dilaknat apa yang di dalamnya kecuali Zikir (mengingati) Allah dan Sesuatu yang Dikasihi Allah, dan Org yang Alim yang mengajar agama, serta Orang yang belajar agama)). Hadis ini membawa maksud, EMPAT PERKARA yang disebut dalam hadis adalah perkara yang membawa kebaikan, akan tetapi selainnya itu tidak ada padanya KEBAIKAN"

Maka beruntunglah mereka yang Berzikir kepada Allah, menjadi mereka yang dikasihi Allah (Para Anbiya', Awliyaa', Syuhadaa', Solihin, dan lain-lain), orang yang berilmu yang mengajar, dan org yang belajar.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR.

-Makna Syahadah Pertama-

-Makna Syahadah Pertama-


Setiap orang yang beraqal, baligh (cukup umur) dan telah sampai padanya asal dakwah Islam iaitu kalimah "Lailaha illAllah Muhammad Rasulullah" maka wajib ke atasnya untuk masuk Islam dan kekal dalam Islam serta melakukan segala yg ditetapkan dalam Islam. Maka dia wajib tahu dan yakin dengan sebenar-benarnya serta mengucapkan dua kalimah syahadah tersebut serta merta jika dia bukan Muslim, dan jika dia orang Muslim maka wajib menyebutnya dalam solat, dua kalimah syahadah tersebut adalah:

'"Aku bersaksi tiada tuhan  melainkan Allah   dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu persuruh Allah"

Makna aku bersaksi: aku tahu, aku yakin dan aku ucapkanMakna tiada tuhan melainkan Allah: tiada tuhan yang layak disembah dengan sebenar-benarnya  melainkan Allah, (makna yang disembah adalah yang diberi sehabis-habis kehinaan dan setinggi-tinggi keagungan).

Antara sifat-sifat Allah: Esa iaitu tiada sekutu bagiNya dan tidak menerima berbahagi kerana Dia bukan jisim yang berbentuk, Yang tiada permulaan iaitu Dia ada tanpa didahului dengan tiada, Yang hdup, Yang tidak berhajat pada sesuatu, Yang kekal iaitu tidak binasa, Yang mencipta segala-galanya, Yang mengurniakan rezki kepada makhluk, Yang maha mengetahui tiap2 sesuatu, Yang berkuasa dan perbuat bagi semua perkara yang Dia kehendak (Semua yang Dia kehendak pada azal, pasti berlaku, dan semua yang dia tidak kehendak pada azal pasti tidak berlaku), Dia bersifat dengan setiap sifat sempurna yang layak bagiNya, yang maha suci daripada setiap kekurangan bagi zatNya.

#Kesimpulan daripada itu adalah Allah bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna, Allah tidak berhajat pada sesuatu, Allah tiada arah kerana Allah yang mencipta arah, Allah tidak bertempat kerana Allah yang menciptakan tempat, Allah ada tanpa berbentuk kerana dia yang menciptakan bentuk dan ruang, Allah tidak beranggota kerana dia bukan seperti makhluk,Allah bukan sedang duduk di atas 'arasy kerana Allah yang menciptakan 'Arasy, Allah bukan dilangit kerana Dia yang menciptakan langit, Allah bukan dimana-mana.
Allah ada tanpa tempat.   

Inilah aqidah ahli sunnah  wal jama'ah, aqidah para nabi dan sahabat nabi, aqidah para ulama' salaf dan khalaf, aqidah yang benar adalah aqidah yang mengikut Imam Abu Hassan Asy'Ari dan Iman Abu Mansur Al-Maturidi. Kita semua di Malaysia dan majoriti Ulama' Islam adalah Asy'irah dan Maturidiah.