Ramai ulama’ mutaakhirin yang menulis dalam aqidah mengatakan : Sesungguhnya wajib aini yang difardhukan atas setiap mukallaf (yang cukup umur dan berakal) adalah mengetahui akan tiga belas sifat daripada sifat-sifat Allah:
Wujud, Tiada Permulaan, Bersalahan dengan yang Baharu, Tiada Sekutu pada Ketuhanan, Tidak Berhajat Pada yang Lain, Kekal, Maha Berkuasa, Maha Berkehendak, Maha Hidup,Maha Mengetahui , Berfirman, Maha Mendengar, dan Maha Melihat, dan yang mustahil bagi Allah itu adalah perkara yang menafikan sifat-sifat ini.
Oleh kerana sifat-sifat ini disebut dengan banyaknya dalam nas-nas syaria’t(Quran dan Hadith). Maka telah berkata ulama’ : Wajib mengetahuinya dengan wajib aini-iaitu wajib atas setiap mukallaf-, dan telah berkata sebahagian ulama’ dari kalangan Al-Asyai’rah dengan kewajipan mengetahui dua puluh sifat, mereka menambah tujuh lagi sifat ma’nawiyyah, mereka kata : Keadaan Allah yang berkuasa, berkehendak, hidup, mengetahui, berfirman, mendengar, dan melihat. Adapun jalan yang pertama yang mewajibkan mengetahui 13 sifat adalah yang rajih kerana mengetahui ketetapan berkuasa bagi Allah adalah juga mengetahui keadaannya yang berkuasa dan begitu juga yang lain.
Sifat-sifat Allah yang tiga belas itu dibahagikan kepada tiga bahagian:
Sifat Nafsiah. iaitu tidak diterima wujudnya zat tanpa sifat tersebut, sifat itu adalah wujud iaitu ada.
Sifat Salbiah, iaitu sifat yang menafikan barang yang tdak layak bagi Allah, sifat itu adalah Tiada Permulaan, Kekal(tiada penghujung), Tidak Berhajat Pada yang Lain, Bersalahan dengan yang Baharu, Tiada Sekutu pada Ketuhanan.
Sifat Ma’ani, iaitu sifat-sifat yang tetap pada zat Allah dan jika dibukakan hijab ke atas hamba maka pasti hamba dapat melihatnya. Sifat itu adalah Maha Berkuasa, Berkehendak, Mengetahui, Hidup, Mendengar, Melihat dan Berfirman.
Kesimpulan:Mengetahui dan meyakini tiga belas sifat bagi Allah adalah wajib atas setiap mukallaf. Adapun menghafalnya adalah fardhu kifa’i Barangsiapa menafikan satu sifat daripada tiga belas sifat ini maka dia kafir, begitu juga syak mengenai satu sifat sekalipun dari sifat tiga belas, jadi kafirInsya Allah, pada masa akan datang kita akan perbincangkan satu-persatu sifat-sifat Allah yang tiga belas.
Sumber: Kitab Ash-Shirotil Mustaqim