Aqidah yang selamat adalah aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah iaitu mereka yang mengikuti aqidah para nabi dan para sahabat Nabi Muhammad yang mulia dan mereka kini dikenali sebagai golongan Asya'irah dan Maturidiah. Golongan Asya'irah adalah mereka yang mengikuti susunan aqidah Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan golongan Maturidiah adalah mereka yang mengikuti susunan aqidah Imam Abu Mansur Al-Maturidi.
Tersebut dalam kitab إِتحَافُ سَادَةِ المُتَّقِين karangan Imam Murtadha Az-Zabidi (w. 1205H) iaitu kitab yang mensyarahkan Ihya' Ulumiddin karangan Imam Ghazali pada jilid 2 halaman 6:
إِذَا أُطْلِقَ أَهْلُ السُّنَّةِ فَالمُرَادُ بِهِ الْأَشَاعِرَةُ وَالمَاتُرِيدِيَّة
ertinya: Apabila disebut Ahli Sunnah maka yang dimaksudkan dengan mereka ialah Asya'irah dan Maturidiah.
Inilah dua golongan yang selamat yang mengikuti jalan Rasulullah, para sahabat, tabi'in dan ulama' salafus soleh. Golongan ini mengajarkan aqidah bahawa Allah ada tanpa tempat dan tidak bermasa. Allah tidak sama dengan suatupun walau pada satu sudut sekalipun.
Sebagaimana firman Allah ta'ala:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْء
maksudnya: tiada suatupun yang sama denganNya.
Maka fahamlah dari ayat ini bahawa Allah tidak bertempat kerana jika ada bagi Allah itu bertempat pastinya adalah bagi Allah itu persamaan, luas, panjang, lebar dan kedalaman, dan barangsiapa yang bersifat sebegini ia adalah baharu,berhajat kepada yang menetapkannya dengan panjang,lebar dan kedalaman. Maka inilah dalil dari Quran yang menyatakan Allah ada tanpa tempat.
Inilah aqidah Islam yang sebenar iaitu berkeyakian bahawa Allah ada tanpa tempat,bukan di satu tempat atau dimana-mana tempat atau tidak tahu dimana tempat. Telah bersabda Nabi Muhammad:
أَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْء وَأَنتَ البَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْء
maksudnya: Engkau yang Zhahir(jelas kewujudan Kau dengan adanya ciptaan ini) maka tiada di atas Kau sesuautpun, dan Engkau yang Bathin(yang tidak boleh digambarkan oleh fikiran) maka tiada di bawah kau suatupun.Telah berkata Al-Hafiz Ahmad bin Al-Husain Al-Baihaqi (w. 458H) dalam kitabnya أَلأَسْماَءُ وَالصِّفَات :
Telah berdalil sebahagian golongan kami(Asya'irah dan Syafi'iah) dengan hadis ini atas menafikan tempat bagi Allah ta'ala, maka sesungguhnya apabila tidak ada di atasNya sesuatu dan tiada dibawahNya sesuatu, tidaklah Dia bertempat.
Dan sabda Nabi lagi:
كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ رواه البخاري
maksudnya: Allah ada pada azal(tidak bermula) dan tidak suatupun selainNya pada azal
Telah berkata Imam Al-Baihaqi dalam kitabnya الإعتقاد dalam menjelaskan makna hadis ini : menjadi dalil bahawa sesungguhnya tidak ada sesuatu selainNya, tiada air, tiada 'Arasy dan tiada keduanya, dan tiada semua yang lain-lain.
Dalil-dalil di atas sangat jelas menyatakan bahawa Allah ta'ala tidak sama dengan makhluk dan Dia tidak bertempat. Telah berkata Saiduna 'Ali bin Abi Thalib radhiyallhu 'anhu :
"كَانَ اللهُ وَلاَ مَكَان وَهُوَ الآنَ عَلَى مَا كَانَ" اه. أي أن الله تعالى موجود بلا مكان.
(رواه أبو منصور البغدادي في كتاب الفرق بين الفراق)
Maksudnya: Allah ada pada azal dan tidak bertempat dan Dia kini (selepas menciptakan tempat) Dia tidak bertempat. iaitu sesungguhnya Allah ada tanpa tempat.
Telah berkata Imam Syafi'e radhiyallhu 'anhu(w. 204H):
"َإِنَّه تَعَالَى كَانَ وَلاَ مَكَان فَخَلَقَ الْمَكَانَ وَهُوَ عَلَى صِفَةٍ الأَزَلِيَّةِ كَمَا كَانَ قَبْل خَلْقِهِ المَكَان لاَ يَجُوزُ عَلَيهِ التَّغَيُّرُ فِي ذَاتِهِ وَلاَ التَّبْدِيل فِي صِفَاتِهِ" اه. نقله عنه الزبيدي في كتابه (إتحاف السادة المتقين.
maksudnya: Sesungguhnya Allah ta'ala ada pada azal(tanpa permulaan) dan tidak bertempat, maka Dia telah menciptakan tempat dan Dia kekal atas sifat azaliyah sebagaimana Dia ada pada azal sebelum Dia menciptakan tempat, mustahil (pada akal) ke atasNya berlaku perubahan pada zatNya dan mustahil juga berlaku pertukaran pada sifatNya.
Dan telah berkata Sayyiduna Ahmad Ar-Rifa'i rahimahullah (w. 577H):
غَايَةُ المَعْرِفَةِ بِاللهِ الإِيقَانُ بِوُجُودِهِ تَعَالَى بِلاَ كَيْفٍ وَلاَ مَكَان
maksudnya: Setinggi-tinggi mengenal Allah adalah yakin dengan kewujudanNya ta'ala dengan tidak berbentuk dan tanpa tempatInilah beberapa dalil yang sangat jelas menyatakan bahawa aqidah Nabi, sahabat dan ulama' salaf serta khalaf bahawa Allah ada tanpa tempat. Inilah aqidah yang telah disepakati oleh ulama' kita dan banyak lagi kata-kata ulama' yang lain yang tidak dapat disebut di sini.. Maka tidak boleh seseorang itu beraqidah Allah ada di langit, di atas 'arasy atau di mana-mana. Aqidah sebegini terkeluar dari Islam dan insya Allah pada masa akan datang akan diperjelaskan hukum mereka yang beraqidah sebegini. Semoga Allah memberikan kita kefahaman dalam agama dan diberikan kekuatan dalam menuntut ilmu.
والله أعلم و أحكم

No comments:
Post a Comment