-Makna Syahadah Pertama-
Setiap orang
yang beraqal, baligh (cukup umur) dan telah sampai padanya asal dakwah Islam
iaitu kalimah "Lailaha illAllah Muhammad Rasulullah" maka wajib ke
atasnya untuk masuk Islam dan kekal dalam Islam serta melakukan segala yg
ditetapkan dalam Islam. Maka dia wajib tahu dan yakin dengan sebenar-benarnya
serta mengucapkan dua kalimah syahadah tersebut serta merta jika dia bukan
Muslim, dan jika dia orang Muslim maka wajib menyebutnya dalam solat, dua
kalimah syahadah tersebut adalah:
'"Aku
bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa
Muhammad itu persuruh Allah"
Makna
aku bersaksi: aku tahu, aku yakin dan aku ucapkanMakna tiada
tuhan melainkan Allah: tiada tuhan yang layak disembah dengan sebenar-benarnya
melainkan Allah, (makna yang disembah adalah yang diberi sehabis-habis
kehinaan dan setinggi-tinggi keagungan).
Antara
sifat-sifat Allah: Esa iaitu tiada sekutu bagiNya dan tidak menerima berbahagi
kerana Dia bukan jisim yang berbentuk, Yang tiada permulaan iaitu Dia ada tanpa
didahului dengan tiada, Yang hdup, Yang tidak berhajat pada sesuatu, Yang kekal
iaitu tidak binasa, Yang mencipta segala-galanya, Yang mengurniakan rezki
kepada makhluk, Yang maha mengetahui tiap2 sesuatu, Yang berkuasa dan perbuat
bagi semua perkara yang Dia kehendak (Semua yang Dia kehendak pada azal, pasti
berlaku, dan semua yang dia tidak kehendak pada azal pasti tidak berlaku), Dia
bersifat dengan setiap sifat sempurna yang layak bagiNya, yang maha suci
daripada setiap kekurangan bagi zatNya.
#Kesimpulan
daripada itu adalah Allah bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna, Allah
tidak berhajat pada sesuatu, Allah tiada arah kerana Allah yang mencipta arah,
Allah tidak bertempat kerana Allah yang menciptakan tempat, Allah ada tanpa
berbentuk kerana dia yang menciptakan bentuk dan ruang, Allah tidak beranggota
kerana dia bukan seperti makhluk,Allah bukan sedang duduk di atas 'arasy kerana
Allah yang menciptakan 'Arasy, Allah bukan dilangit kerana Dia yang menciptakan
langit, Allah bukan dimana-mana.
Allah ada tanpa tempat.
Inilah
aqidah ahli sunnah wal jama'ah, aqidah para nabi dan sahabat nabi, aqidah
para ulama' salaf dan khalaf, aqidah yang benar adalah aqidah yang mengikut
Imam Abu Hassan Asy'Ari dan Iman Abu Mansur Al-Maturidi. Kita semua di Malaysia
dan majoriti Ulama' Islam adalah Asy'irah dan Maturidiah.
No comments:
Post a Comment