Sunday, July 7, 2013

15 IJMA' YANG MENGKAFIRKAN GOLONGAN MUJASSIMAH

الدِّلِيْلُ عَلَى تَنْـزِيْهِ اللهِ عَنِ الْمَكَانِ وَالْـجِهَةِ مِنَ الْإِجْمَاعِ
اِعْلَمْ أَنَّ الْمُسْلِمِيْنَ اِتَّفَقُوْا عَلَى أَنَّ اللهَ تَعَالَى لَا يَـحُلُّ فِيْ مَكَانٍ، وَلَا يـَحْوِيْهِ مَكَانٌ وَلَا يَسْكُنُ السَّمَاءَ وَلَا يَسْكُنُ الْعَرْشَ، لِأَنَّ اللهَ تَعَالَى مَوْجُوْدٌ قَبْلَ الْعَرْشِ وَقَبْلَ السَّمَاءِ وَقَبْلَ الْمَكَانِ، وَيَسْتَحِيْلُ عَلَى اللهِ التَّغَيُّرُ مِنْ حَالٍ إِلَى حَالٍ وَمِنْ صِفَةٍ إِلَى صِفَةٍ أُخْرَىْ، فَهُوَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى كَانَ مَوْجُوْدًا فِي الْأَزَلِ بِلَا مَكَانٍ، وَبَعْدَ أَنْ خَلَقَ الْمَكَانَ لَا يَزَالُ مَوْجُوْدًا بِلَا مَكَانٍ. وَمَا سَنَذْكُرُهُ فِيْ هَذَا الْكِتَابِ بِـمَشِيْئَةِ اللهِ تَعَالَى وَعَوْنِهِ وَتَوْفِيْقِهِ مِنْ أَقْوَالٍ فِيْ تَنـزِيْهِ اللهِ عَنِ الْمَكَانِ لِأَعْلَامٍ ظَهَرُوْا عَلَى مَدَى أَرْبَعَةَ عَشَرَ قَرْنًا مِنَ الزَّمَنِ مُنْذُ الْصَدْرِ الْأَوَّلِ أَيْ مُنْذُ عَهْدِ الصَّحَابَةِ إِلَى يَوْمِنَا هَذَا يُعْتَبَرُ مِنْ أَقْوَى الْأَدِلَّةِ عَلَى رُسُوْخِ هَذِهِ الْعَقِيْدَةِ وَثُبُوْتِـهَا فِيْ نُفُوْسِ الْمُسْلِمِيْنَ سَلَفًا وَخَلَفًا.
Maksudnya:
"Ketahuilah bahawa sekalian umat Islam bersepakat bahawa Allah tidak menduduki suatu tempat, tiada tempat yang melingkungi-Nya, tidak juga Dia duduk di langit dan tiada duduk di atas Arasy. Ini kerana wujudnya Allah adalah sebelum wujudnya Arasy, langit dan tempat. Mustahil pada akal bahawa Allah itu berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain dan dari suatu sifat kepada sifat yang lain. Ini kerana kewujudan Allah pada azali adalah tanpa bertempat dan berterusanlah keadaan Allah sebegitu [iaitu tidak bertempat] setelah adanya tempat. Apa yang kami akan nyatakan dalam kitab ini, dengan kehendak Allah, bantuan dan petunjuk-Nya; adalah berkenaan pendapat-pendapat yang menyucikan Allah daripada bertempat berdasarkan [pendapat] para ulama  semenjak 14 kurun yang lalu yakni semenjak zaman para sahabat sehingga zaman kita pada hari ini. Ia dianggap sebagai sebahagian daripada dalil-dalil yang ampuh untuk mengukuhkan aqidah ini dan menetapkannya di dalam jiwa kaum muslim yang dahulu [Salaf] dan yang terkemudian [khalaf]".
لِيُعْلَمْ أَنَّ أَهْلَ الْـحَدِيْثِ وَالْفِقْهِ وَالتَّفْسِيْرِ وَاللُّغَةِ وَالنَّحْوِ وَعُلَمَاءِ الْأُصُوْلِ، وَعُلَمَاءِ الْمَذَاهِبِ الْأَرْبَعَةِ مِنَ الشَّافِعِيَّةِ وَالْـحَنَفِيَّةِ وَالْمَالِكِيَّةِ وَالْـحَنَابِلَةِ ـ إِلَّا مَنْ لَـحِقَ مِنْهُمْ بِأَهْلِ التَّجْسِيْمِ ـ وَالصُّوْفِيَّةِ الصَّادِقِيْنَ كُلُّهُمْ عَلَى عَقِيْدَةِ تَنْـزِيْهِ اللهِ عَنِ الْمَكَانِ، إِلَّا أَنَّ الْمُشَبِّهَةَ وَمِنْهُمْ نَفَاةُ التَّوَسُّلِ شَذُّوْا عَنْ هَذِهِ الْعَقِيْدَةِ الْـحَقَّةِ فَقَالُوْا إِنَّ اللهَ يَسْكُنُ فَوْقَ الْعَرْشِ  وَالْعِيَاذُ بِاللهِ تَعَالَى.
Maksudnya:
"Hendaklah diketahui bahawa para ulama’ hadith, fiqh, tafsir, bahasa, nahu, usuluddin dan ulama mazhab yang empat seperti mazhab Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali melainkan golongan terkemudian daripada pengikut mazhab Hanbali yang berkeyakinan tajsim [menyamakan Allah dengan makhluk] dan para ulama sufi yang benar, sekalian mereka itu berpegang dengan aqidah menyucikan Allah daripada bertempat melainkan golongan musyabbihah [yang menyamakan Allah dengan makhluk] dan di antara mereka adalah golongan yang menafikan tawassul di mana mereka menyimpang daripada aqidah yang benar ini. Maka, golongan ini menyatakan bahawa Allah menetap di atas Arasy dengan zat-Nya. Wal‘iyazubillah".
_______________________________________
1ـ وَمِـمَّنْ نَقَلَ إِجْمَاعَ أَهْلِ الْـحَقِّ عَلَى تَنـزِيْهِ اللهِ عَنِ الْمَكَانِ الشَّيْخُ عَبْدُ الْقَاهِرِ بنُ طَاهِرٍ التَّمِيْمِيُّ الْبَغْدَادِيُّ (429هـ)، فَقَدْ قَالَ مَا نَصُّهُ: "وَأَجْمَعُوْا ـ أَيْ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْـجَمَاعَةِ ـ عَلَى أَنَّهُ ـ أَيْ اللهَ ـ لَا يَـحْوِيْهِ مَكَانٌ وَلَا يَـجْرِيْ عَلَيْهِ زَمَانٌ" اهـ.
Maksudnya:
"Dan di antara mereka yang menukilkan ijma‘ golongan yang benar atas menyucikan Allah daripada bertempat ialah asy-Syeikh Abdul Qahir bin Thahir at-Tamimi al-Baghdadi (m. 429H), sesungguhnya beliau berkata: (Dan sekalian mereka telah bersepakat iaitu Ahlussunnah waljama`ah atas sesungguh-Nya [Allah] tidak diliputi oleh tempat dan tidak berlalu di atas-Nya [Allah] oleh masa).
_______________________________________
2ـ وَقَالَ الشَّيْخُ إِمَامُ الْـحَرَمَيْنِ عَبْدُ الْمَلِكِ بن عَبْدُ اللهِ الْـجُوَيْنِيُّ الشَّافِعِيُّ (478هـ) مَا نَصُّهُ: "وَمَذْهَبُ أَهْلِ الْـحَقِّ قَاطِبَةً أَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى يَتَعَالى عَنِ التَّحَيُّزِ وَالتَّخَصُّصِ بِالْـجِهَاتِ" اهـ.
Maksudnya:
"Asy-Syeikh Imam al-Haramain `Abdul Malik bin `Abdullah al-Juwaini asy-Syafi`e berkata: ((Sekalian golongan yang berpegang dengan kebenaran bersepakat bahawasanya Allah subhanhu wa ta‘ala maha suci daripada memenuhi suatu kadar daripada ruang kosong dan tertentu pada suatu arah))".
_______________________________________
3ـ وَقَالَ الْمُفَسِّرُ الشَّيْخُ فَخْرُ الدِّيْنِ الرَّازِيّ (606هـ) مَا نَصُّهُ: "إِنْعَقَدَ الْإِجْمَاعُ عَلَى أَنَّهُ سُبْحَانَهُ لَيْسَ مَعَنَا بِالْمَكَانِ وَالْـجِهَةِ وَالْـحَيِّزِ" اهـ.
Maksudnya:
"Al-Mufassir asy-Syeikh Fakhruddin ar-Razi (m. 606H) berkata: ((Telah berlaku ijma atas bahawasanya Allah ta`ala tidaklah bersama kita dengan bertempat, berarah dan mengambil satukadar daripada ruang kosong".
_______________________________________
4ـ وَقَالَ الشَّيْخُ إِسْـمَاعِيْلُ الشَّيْبَانِيُّ الْـحَنَفِيُّ (629هـ) مَا نَصُّهُ: "قَالَ أَهْلُ الْـحَقِّ: إِنَّ اللهَ تَعَالَى مُتَعَالٍ عَنِ الْمَكَانِ، غَيْرُ مُتَمَكِّنٍ فِيْ مَكَانٍ، وَلَا مُتَحَيِّزٍ إِلَى جِهَةٍ خِلَافًا لِلْكَرَّامِيَّةِ وَالْمُجَسِّمَةِ" اهـ.
Maksudnya:
"Asy-Syeikh Ismail asy-Syaibani al-Hanafi: ((Golongan yang benar berkata: sesungguhnya Allah ta`ala maha suci daripada bertempat, tidak menduduki suatu tempat, dan tidak juga memenuhi suatu ruang pada sesuatu arah bersalahan dengan golongan Karramiyyah dan Mujassimah".
_______________________________________
5ـ وَقَالَ سَيْفُ الدِّيْنِ الآمِدِيُّ (631هـ) مَا نَصُّهُ: "وَمَا يُرْوَى عَنِ السَّلَفِ مِنْ أَلْفَاظٍ يُوْهِمُ ظَاهِرَهَا إِثْبَاتَ الْـجِهَةِ وَالْمَكَانِ فَهُوْ مَـحْمُوْلٌ عَلَى هَذَا الَّذِيْ ذَكَرْنَا مِنِ امْتِنَاعِهِمْ عَنْ إِجْرَائِهَا عَلَى ظَوَاهِرِهَا وَالْإِيْـمَانُ بِتَنْزِيْلِهَا وَتِلَاوَةُ كُلِّ ءَايَةٍ عَلَى مَا ذَكَرْنَا عَنْهُمْ، وَبَيْنَ السَّلَفِ الاِخْتِلَافُ فِي الْأَلْفَاظِ الَّتِيْ يُطْلِقُوْنَ فِيْهَا، كُلُّ ذَلِكَ اخْتِلَافٌ مِنْهُمْ فِي الْعِبَارَةِ، مَعَ اتَّفَاقِهِمْ جَمِيْعًا فِي الْمَعْنَى أَنَّهُ تَعَالَى لَيْسَ بِـمَتَمَكِّنٍ فِيْ مَكَانٍ وَلَا مُتَحَيِّزٍ بِـجِهَةٍ" اهـ.
Maksudnya:
"Saifuddin al-Amadi berkata: ((Sebarang perkara yang diriwayatkan daripada golongan Salaf yang terdiri daripada lafaz-lafaz yang pada zahirnya memberi waham kepada sabitnya arah dan tempat bagi Allah, maka perkara tersebut perlu ditanggung mengikut kenyataan yang telah kami sebutkan sebelum ini iaitu yang terdiri daripada tegahan mereka daripada memahami ayat-ayat tersebut mengikut makna zahirnya. Dalam masa yang sama mereka beriman dengan ayat-ayat [mutasyabihat] tersebut dan mereka juga membaca setiap ayat-ayat tersebut sepertimana yang telah kami sebutkan tentag mereka sebelum ini. Dalam kalangan golongan salaf juga berlaku perselisihan dalam penggunaan lafaz bagi kalimah yang mutasyabihat tetapi kesemua perselisihan itu hanyalah berlaku pada penggunaan bahasa sahaja. Dalam konteks makna, mereka sepakat bahawa Allah TIDAK BERTEMPAT, MENGAMBIL SATU KADAR DARIPADA RUANG KOSONG DAN BERARAH".

وَلِلشَّيْخِ ابْنِ جَهْبَل الْـحَلَبِي الشَّافِعِي (733هـ) رِسَالَةٌ ألَّفَهَا فِيْ نَفْيِ الْـجِهَةِ رَدَّ بِـهَا عَلَى الْمُجَسِّمِ الْفَيْلَسُوْفِ ابْنِ تَيْمِيَّةَ الْـحَرَّانِيْ الَّذِيْ سَفَّهَ عَقِيْدَةَ أَهْلِ السُّنَّةِ، وَطَعَنَ بِأَكَابِرِ صَحَابَةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَعُمَرَ وَعَلِيٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا.
Maksudnya:
"Dan asy-Syeikh Ibnu Jahbal al-Halabi asy-Syafie (M. 733H) telah menyusun satu risalah yang menafikan wujudnya arah bagi Allah dan risalah ini bertujuan menolak fahaman golongan mujassimah dan falsafah seperti ibnu Taimiyah al-Harrani yang memperbodohkan aqidah ahlussunnah dan mencela sahabat-sahabat nabi sallallahu`alaihi wasallam yang agung seperti `Umar dan `Ali radiyallahu`anhuma".
_______________________________________
6ـ قَالَ ابْنُ جَهْبَل مَا نَصُّهُ: "وَهَا نَـحْنُ نَذْكُر عَقِيْدَةَ أَهْلِ السُّنَّةِ، فَنَقُوْلُ: عَقِيْدَتُنَا أَنَّ اللهَ قَدِيْـمٌ أَزَلِيٌّ، لَا يُشْبِهُ شَيْئًا وَلَا يُشْبِهُهُ شَىْءٌ، لَيْسَ لَهُ جِهَةٌ وَلَا مَكَانٌ" اهـ.
Maksudnya:
"Ibnu Jahbal berkata: ((Dan di sini ingin kami sebutkan tentang aqidah ahli sunnah: maka kami berkata: aqidah kami, Allah itu qadim lagi azali [tidak ada permulaan bagi kewujudan-Nya], Dia tidak menyerupai sesuatupun dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya, tidak ada bagi-Nya arah dan tempat))".
________________________________________
7ـ نَقَلَ الشَّيْخُ تَاجُ الدِّيْنِ السُّبْكِيُّ الشَّافِعِيُّ الْأَشْعَرِيُّ (771هـ) عَنِ الشَّيْخِ فَخْرِ الدِّيْنِ بنِ عَسَاكِرَ أَنَّهُ كَانَ يَقْرَأُ العَقِيْدَةَ المرشَدَةَ التي فِيْهَا : "إِنَّ اللهَ تَعَالَى مَوْجُوْدٌ قَبْلَ الْـخَلْقِ لَيْسَ لَهُ قَبْلٌ وَلَا بَعْدٌ، وَلَا فَوْقٌ وَلَا تَـحْتٌ، وَلَا يَـمِيْنٌ وَلَا شِـمَالٌ، وَلَا أَمَامٌ وَلَا خَلْفٌ". ثُـمَّ قَالَ ابْنُ السُّبْكِيُّ بَعْدَ أَنَّ ذَكَرَ هَذِهِ الْعَقِيْدَةَ مَا نَصُّهُ: "هَذَا ءَاخِرُ الْعَقِيْدَةِ وَلَيْسَ فِيْهَا مَا يُنْكِرُهُ سُنِّـيٌّ" اهـ.
Maksudnya:
"Syeikh Tajuddin as-Subki asy-Syafi`e al-Asy`ari menukilkan daripada Syeikh Fakhruddin ibn Asakir bahawa beliau ada menyatakan: sebelum daripada kewujudan makhluk, Allah telahpun wujud dan tiada bagi-Nya sebelum dan selepas, atas, bawah, kiri dan kanan, hadapan dan belakang. Kemudian setelah menyatakan aqidah ini, Ibnu Subki berkata: inilah kemuncak bagi aqidah ini dan tiada dalam kalangan pengikut sunni yang mengingkarinya".
________________________________________
8ـ وَوَافَقَهُ عَلَى ذَلِكَ الْـحَافِظُ الْمُحَدِّثُ صَلَاحُ الدِّيْنِ الْعَلَّائِيُّ (761هـ) أَحَدُ أَكَابِرِ عُلَمَاءِ الْـحَدِيْثِ فَقَالَ مَا نَصُّهُ: "وَهَذِهِ "الْعَقِيْدَةُ الْمُرْشِدَةُ" جَرَى قَائِلُهَا عَلَى الْمِنْهَاجِ الْقَوِيْـمِ، وَالْعَقْدِ الْمُسْتَقِيْمِ، وَأَصَابَ فِيْمَا نَزَّهَ بِهِ الْعَلِيَّ الْعَظِيْمَ" اهـ.
Maksudnya:
"salah seorang ulama hadith yang terkemuka, Syeikh al-Hafiz al-Muhaddith Solahuddin Al-`Allai bersetuju dengan ibnu Subki dan beliau menyatakan: inilah aqidah yang benar, orang yang berkata dengannya berpijak atas landasan yang betul, pegangan yang benar dan ia menepati perkara yang disucikan akan Allah yang Maha Tinggi dan Agung".
________________________________________
9ـ قَالَ الشَّيْخُ مُـحَمَّدُ مَيَّارَةَ الْمَالِكِيُّ (1072هـ) مَا نَصُّهُ: "أَجْمَعَ أَهْلُ الْـحَقِّ قَاطِبَةً عَلَى أَنَّ اللهَ تَعَالَى لَا جِهَةَ لَهُ، فَلَا فَوْقَ وَلَا تَـحْتَ وَلَا يَـمِيْنَ وَلَا شِـمَالَ وَلَا أَمَامَ وَلَا خَلْفَ" اهـ.
Maksudnya:
"Syeikh Muhammad Mayyarah al-Maliki berkata: Seluruh golongan yang berpegang dengan kebenaran telah bersepakat bahawa Allah itu tidak ada arah bagiNya, tiada bagi-Nya atas , bawah, kiri dan kanan, depan dan belakang".
________________________________________
10ـ وَقَالَ شَيْخُ الْـجَامِعِ الأَزْهَرِ سَلِيْمٌ الْبِشْرِيُّ (1335هـ) مَا نَصُّهُ: "مَذْهَبُ الْفِرْقَةِ النَّاجِيَةِ وَمَا عَلَيْهِ أَجْمَعَ السُّنِّيُّوْنَ أَنَّ اللهَ تَعَالَى مُنَـزَّهٌ عَنْ مُشَابَـهَةِ الْـحَوَادِثِ مُـخَالِفٌ لَـهَا فِيْ جَمِيْعِ سِـمَاتِ الْـحُدُوْثِ وَمِنْ ذَلِكَ تَنَزَّهَهُ عَنِ الْـجِهَةِ وَالْمَكَانِ" اهـ، ذَكَرَهُ الْقُضَاعِي فِيْ "فُرْقَانِ الْقُرْءَانِ".
Maksudnya:
"Syeikh al-Jami` al-Azhar Salim al-Bisyri: ((Mazhab golongan yang Berjaya dan pegangan bagi sekalian ahli sunnah ialah bahawasanya Allah disucikan daripada menyerupai perkara yang baharu dan Allah sama sekali tidak sama dengannya dalam apa jua sifat makhluk. Maka dengan ini diketahui bahawa Maha Suci Allah daripada berarah dan bertempat, kenyataan beliau ini disebutkan oleh al-Qudhai`e di dalam Furqan al-Quran".
_____________________________________
11ـ وَقَالَ الشَّيْخُ يُوْسُفُ الدِّجْوِيُّ الْمِصْرِيُّ (1365هـ) عُضْوُ هَيْئَةِ كِبَارِ الْعُلَمَاءِ بِالْأَزْهَرِ الشَّرِيْفِ فِيْ مِصْرَ مَا نَصُّهُ :"وَاعْلَمْ أَنَّ السَّلَفَ قَائِلُوْنَ بِاسْتِحَالَةِ الْعُلُوِّ الْمَكَانِيْ عَلَيْهِ تَعَالَى، خِلَافًا لِبَعْضِ الْـجَهَلَةِ الَّذِيْنَ يَـخْبِطُوْنَ خَبْطَ عَشْوَاءَ فِيْ هَذَا الْمَقَامِ، فَإِنَّ السَّلَفَ وَالْـخَلَفَ مُتَّفِقَانِ عَلَى التَّنْـزِيْهِ" اهـ.
Maksudnya:
"Asy-Syeikh Yusuf ad-Dijwi al-Misri seorang anggota majlis ulama’-ulama’ besar al-Azhar asy-Syarif: ((Ketahuilah bahawa golongan salaf menyatakan bahawa mustahil bagi Allah kedudukan yang tinggi dalam erti kata lawan bagi rendah [dalam konteks tempat]. Yang demikian ini adalah bersalahan dengan sebahagian golongan jahil yang mendakwa dan mengeluarkan kenyataan secara membuta tuli tentang hal ini. Kerana sesungguhnya golongan Salaf dan Khalaf bersepakat kedua-duanya dalam menafikan tempat dan arah bagi Allah".
_______________________________________
12ـ وَقَالَ أَيْضًا: "هَذَا إِجْمَاعٌ مِنَ السَّلَفِ وَالْـخَلَفِ" اهـ.
Maksudnya:
"Dan beliau juga berkata: ((Ini adalah merupakan ijma` daripada para ulama’ Salaf dan Khalaf))".
_______________________________________
13ـ وَقَالَ الشَّيْخُ سَلَامَةُ الْقَضَاعِيُّ الْعَزَامِيُّ الشَّافِعِيُّ (1376هـ) مَا نَصُّهُ: "أَجْمَعَ أَهْلُ الْـحَقِّ مِنْ عُلَمَاءِ السَّلَفِ وَالْـخَلَفِ عَلَى تَنَـزُّهِ الْـحَقِّ ـ سُبْحَانَهُ ـ عَنِ الْـجِهَةِ وَتَقَدُّسِهِ عَنِ الْمَكَانِ" اهـ.
Maksudnya:
"Asy-Syeikh Salamah al-Qudha`ie al-Azami asy-Syafi`e berkata: Ijma` para ahl al-haq yang terdiri daripada ulama’ salaf dan khalaf di atas penyucian Allah daripada berarah dan maha suci Allah daripada bertempat".
_______________________________________
14ـ وَقَالَ الْمُحَدِّثُ الشَّيْخُ مُـحَمَّدُ عَرَبِيُّ التَّبَّانَ الْمَالِكِيُّ الْمُدَرِّسُ بِـمَدْرَسَةِ الْفَلَاحِ وَبِالْمَسْجِدِ الْمَكِّيْ (1390هـ) مَا نَصُّهُ: "اِتَّفَقَ الْعُقُلَاءُ مِنْ أَهْلِ السُّنَّةِ الشَّافِعِيَّةِ وَالْـحَنَفِيَّةِ وْالْمَالِكِيَّةِ وَفُضَلَاءِ الْـحَنَابِلَةِ وَغَيْرِهِمْ عَلَى أَنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى مُنَـزَّهٌ عَنِ الْـجِهَةِ وَالْـجِسْمِيَّةِ وَالْـحَدِّ وَالْمَكَانِ وَمُشَابَـهَةِ مَـخْلُوْقَاتِهِ" اهـ.
Maksudnya:
"Al-Muhaddith Syeikh Muhammad `Arabi al-Tabban al-Maliki- guru di madrasah al-Falah: ((Telah sepakat golongan cerdik pandai daripada golongan ahli sunnah yang terdiri daripada para ulama’ mazhab Syafie, Hanafi, Maliki dan ulama yang utama daripada mazhab Hanbali dan selain mereka atas bahawasanya Allah maha suci daripada berarah, berjisim, mempunyai ukuran, bertempat dan menyerupai sebarang makhluk".
________________________________________
15ـ وَمِـمَّنْ نَقَلَ الْإِجْمَاعَ عَلَى ذَلِكَ فِيْ مَوَاضِعَ كَثِيْرَةٍ مِنْ مُؤَلَّفَاتِهِ وَدُرُوْسِهِ الْمُتَكَلِّمُ عَلَى لِسَانِ السَّلَفِ الصَّالِـحِ الْعَلَّامَةُ الشَّيْخُ عَبْدُ اللهِ الْـهَرَرِيُّ رَحِمَهُ اللهُ وَلَهُ عِنَايَةٌ شَدِيْدَةٌ بِتَعْلِيْمِ عَقِيْدَةِ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالْـجَمَاعَةِ لِلنَّاسِ فَقَالَ مَا نَصُّهُ: "قَاَل أَهْلُ الْـحَقِّ نَصَرَهُمُ الله: إِنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى لَيْسَ فِيْ جِهَةٍ" اهـ،
Maksudnya:
"Di antara mereka yang menukilkan ijma` berhubung perkara ini dalam banyak tempat di dalam karangan-karangannya dan siri-siri pengajian yang disampaikannya, yang mana beliau merupakan seorang yang berkata-kata berdasarkan kepada lisan golongan salaf as-soleh iaitulah al-`Allamah asy-Syeikh `Abdullah al-Harari semoga Allah merahmati beliau- dan beliau begitu memberi perhatian terhadap pengajaran akidah Ahlussunnah waljama‘ah kepada manusia, maka beliau berkata: Golongan ahli kebenaran- mudah-mudahan Allah membantu mereka-: Sesungguhnya Allah subahanahu wa ta‘ala tidak berada pada suatu arah".

 فَالْـحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى ذَلِكَ.
Maksudnya:
"Maka bersyukur kepada Allah atas yang demikian itu".

وَقَدْ حَذَّرَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَهْلِ الْأَهْوَاءِ بِقَوْلِهِ :"وَإِنَّهُ سَيَخْرُجُ مِنْ أُمَّتِيْ أَقْوَامٌ تَـجَارَى بِـهِمْ تِلْكَ الْأَهْوَاءُ كَمَا يَتَجَارَى الْكَلْبُ بِصَاحِبِهِ، لَا يَبْقَى مِنْهُ عَرَقٌ وَلَا مِفْصَلٌ إِلَّا دَخَلَهُ" رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ.
Maksudnya:
"Sesunggunhya baginda Rasulullah sallallahu`alaihi ada mengingatkan tentang golongan yang mengikut hawa nafsu dengan sabda baginda yang mafhumnya: sesungguhnya akan keluar satu kaum daripada umatku yang menuruti hawa nafsu sepertimana anjing yang menuruti tuannya. Tidak akan tinggal sebarang urat darah dan sebarang sendi melainkan ia akan meresap ke dalamnya. Riawayat Abu Daud. ".
 فَالْـحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ جَعَلَ لَنَا مَنْ يُبَيِّنُ عَقِيْدَةَ أَهْلِ السُّنَّةِ وَيُدَافِعُ عَنْهَا. وَتَـمَسَّكْ أَخِي الْمُسْلِمَ بِـهَذِهِ الْعَقِيْدَةِ الَّتِيْ عَلَيْهَا مِئَاتُ الْمَلَايِيْنَ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ، وَالْـحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى تَوْفِيْقِهِ.اهـ.
Maksudnya:
" Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita sebahagian daripada golongan yang menerangkan aqidah Ahli sunnah waljama`ah dan mempertahankannya. Wahai saudara seagamaku, berpeganglah dengan aqidah ini yang mana ia merupakan pegangan ratusan juta daripada umat Islam. Segala puji bagi Allah atas taufik-Nya".


No comments:

Post a Comment