Umat Islam Indonesia berhaluan Ahlussunnah Wal Jama`ah,
mengikuti aliran Asy`ariyyah dalam bidang akidah dan Madzab Syafi`e dalam hukum
fiqh. Berikut ini penegasan beberapa ulama Indonesia tentang Aqidah Ahlussunnah
Wal Jama`ah:
1. Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar
al-Bantani (W.1314 H/1897).
Beliau menyatakan dalam Tafsirnya, at-Tafsir al-Munir li Ma`alim at-Tanzil,jilid I, hlm. 282 ketika menafsirkan ayat 54 surat al-A`raf (7):
Beliau menyatakan dalam Tafsirnya, at-Tafsir al-Munir li Ma`alim at-Tanzil,jilid I, hlm. 282 ketika menafsirkan ayat 54 surat al-A`raf (7):
ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
Sebagai berikut:
"وَالْوَاجِبُ
عَلَيْنَا أَنْ نَقْطَعَ بِكَوْنِهِ تَعَالَى مُنَزَّهًا عَنِ الْمَكَانِ
وَالْجِهَةِ...".
“Dan kita wajib meyakini secara pasti bahawa Allah ta`ala
maha suci dari tempat dan arah….”
2. Mufti Betawi Sayyid Utsman bin
Abdullah bin `Aqil bin Yahya al-`Alawi. Beliau banyak mengarang buku-buku
berbahasa Melayu yang hingga sekarang menjadi buku itu diajar dalam kalangan
masyarakat Betawi yang menjelaskan Aqidah Ahlussunnah Wal Jama`ah seperti buku
beliau Sifat Dua Puluh. Dalam karya beliau “Az-Zahr
al-Basim fi Athwar Abial-Qasim”, halaman.
30, beliau mengatakan:
“…Tuhan yang maha suci dari pada jihah (arah)…”.
3. Syeikh Muhammad Saleh ibnu Umar
as-Samaraniy yang dikenal dengan sebutan Kiai Saleh Darat Semarang (W.
1321H/sekitar tahun 1901). Beliau berkata dalam terjemahan kitab al-Hikam (dalam bahasa jawa), hlm.105, sebagai
berikut:
“…lan ora arah lan ora enggon lan ora mongso lan ora
werna”
Maknanya: ”…dan (Allah Maha Suci) dari arah,
tempat, masa dan warna”.
4. K.H. Muhammad Hasyim Asy`ari, Jombang,
Jawa Timur pendiri organisasi Islam terbesar di Indonesia, Nahdatul Ulama’ (W.
7 Ramadlan 1366 H/25 Jun 1947). Beliau menyatakan dalam Muqaddimah Risalahnya
yang berjudul: “at-Tanbihat
al-Wajibat” sebagai berikut:
"وَأَشْهَدُ
أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ الْمُنَـزَّهُ عَنِ
الْجِسْمِيَّةِ وَالْجِهَةِ وَالزَّمَانِ وَالْمَكَانِ...".
Maknanya:
“Dan aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang wajib
disembah melainkan Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya, Dia maha suci dari
berbentuk (berjisim), arah, zaman atau masa dan tempat…”.
5. K.H. Muhammad Hasan al-Genggongi
al-Kraksani, Probolinggo (W. 1955), Pendiri Pondok pesantren Zainul Hasan,
Probolinggo, Jawa Timur. Beliau menyatakan dalam risalahnya (Aqidah at-Tauhid), hlm.3 sebagai berikut:
وُجُوْدُ رَبِّيْ اللهِ أَوَّلُ الصِّفَاتْ بِلاَ زَمَانٍ
وَمَكَانٍ وَجِهَاتْ
فَإِنَّهُ قَدْ كَـانَ قَبْلَ الأَزْمِـنَةْ وَسَائِرِ الْجِهَاتِ
ثُمَّ الأَمْكِنَةْ
“Adanya Tuhanku Allah adalah sifat-Nya yang pertama,
(ada) tanpa masa, tempat dan (enam) arah. Kerana Allah ada sebelum semua masa,
semua arah dan semua tempat”.
6. K.H. Raden Asnawi, Kampung Bandan-Kudus
(W. 26 Desember 1959). Beliau menyatakan dalam risalahnya dalam bahasa Jawa “Jawab Soalipun Mu’taqad seket”, hlm.18, sebagai berikut:
“…Jadi amat jelas sekali, bahawa Allah bukanlah (berupa) sifat
benda (yakni sesuatu yang mengikut pada benda atau ‘aradl), Karenanya Dia tidak
membutuhkan tempat (yakni Dia ada tanpa tempat), sehingga dengan demikian tetap
bagi-Nya sifat Qiyamuhu bi nafsihi” (terjemahan dari bahasa jawa).
7. K.H. Siradjuddin Abbas (W. 5 Agustus 1980/23
Ramadlan 1400 H). Beliau mengatakan dalam buku “Kumpulan Soal-Jawab
Keagamaan”, hal. 25:
“…karena Tuhan itu tidak bertempat di akhirat dan juga
tidak di langit, maha suci Tuhan akan mempunyai tempat duduk, serupa manusia”.
8. K.H. Djauhari Zawawi, Kencong,
Jember (W.1415 H/20 Juli 1994), Pendiri Pondok Pesantren as-Sunniyah, Kencong,
Jember, Jawa Timur. Beliau menyatakan dalam risalahnya yang berbahasa Jawa, sebagai
berikut:
“…lan mboten dipun wengku dining panggenan...”,
maknanya:“…Dan (Allah) tidak diliputi oleh tempat…” (Lihat Risalah: Tauhid al-‘Ariffi Ilmi at-Tauhid,
hlm.3).
9. K.H. Choer Affandi (W.1996), pendiri
P.P. Miftahul Huda, Manonjaya, Tasik Malaya, Jawa Barat. Beliau menyatakan
dalam risalahnya dengan bahasa Sunda yang berjudul “Pengajaran ‘Aqaid al Iman”,hal.
6-7 yang maknanya:
”(Sifat wajib) yang kelima bagi Allah adalah
Qiyamuhubinafsihi – Allah ada dengan Dzat-Nya, Tidak membutuhkan tempat – Dan
juga tidak membutuhkan kepada yang menciptakan-Nya, Dalil yang menunjukkan atas
sifat Qiyamuhu binafsihi, seandainya Allah membutuhkan tempat –Niscaya Allah
merupakan sifat benda (‘aradl), Padahal yang demikian itu merupakan hal yang
mustahil –Dan seandainya Allah membutuhkan kepada yang menciptakan-Nya, Niscaya
Allah ta’ala (bersifat) baru -Padahal yang demikian itu adalah sesuatu yang
mustahil (bagi Allah)”.
No comments:
Post a Comment