Assalamu ^alaikum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.
Diriwayatkan bahawa seorang sahabat yang baru memeluk Islam yang merupakan anak murid Syeikh Abdullah Rahimahullah memandu kereta yang hampir kehabisan bateri, bateri simpanan telah dibeli dan diletak dalam bonet kereta. Sahabat tersebut bersama sahabatnya yang masih belum memeluk Islam. Kereta akhirnya terhenti betul-betul di bawah Rumah Syeikh Abdullah Rahimahullah, lalu sahabat tersebut mengambil bateri baru, dibuka bateri lama diletak ditepi, tiba-tiba turun Syeikh Abdullah Rahimahullah dari rumahnya ingin ke suatu tempat, Syeikh Abdullah Rahimahullah dikerumuni orang ramai yang bersalam dengan Syeikh Abdullah Rahimahullah, lalu sahabat tadi juga mengambil peluang untuk bersalam, lalu terus ditawarkan untuk menghantar Syeikh Abdullah Rahimahullah ke tempat yang ingin dituju.
Syeikh Abdullah Rahimahullah bersetuju untuk mengikuti beliau, lalu teman yang bukan Islam tadi turun untuk tidak bersama, dan berlalulah mereka ke destinasi yang Syeikh Abdullah Rahimahullah ingin tuju. Setelah menghantar Syeikh, sahabat tersebut pulang dan mendapati teman yang bukan Islam tadi menangis teresak-esak, lalu ditanya mengapa? adakah ada orang yang berbuat zalim padanya? lalu jawab temannya "aku menangis bukan kerana aku disakiti, akan tetapi aku menangis kerana aku terkesima melihat engkau memandu kereta menghantar Syeikh Abdullah tanpa bateri, lihatlah kedua-dua bateri yang masih di lantai itu"...Temannya itu memeluk Islam setelah berlaku kejadian Karomah Syeikh Abdullah Rahimahullah di hadapan matanya itu.

subhanallah
ReplyDelete